Umno memang mengharapkan campor tangan SPB YDP Agong agar Perhimpunan “BERSIH 2” dapat dihalang! namun harapan Umno menjadi meleset. Lain diharap lain yang dapat,.. apabila YDP Agong memberikan satu kenyataan tidak berpihak kepada Umno. Sekarang ini sepatutnya Umno merasa malu, kerana secara tidak disedari, mereka telah ditelanjangkan !!
Menurut laporan itu kenyataan YDP Agong bermaksud – Baginda mahu kerajaan bersikap adil, suara hati rakyat jangan dipandang sepi, dan untuk mengelak perkara lebih buruk, segala masaalah yang dibangkitkan perlu di bawa ke meja perundingan,
Sekarang apa cerita.!? Pihak polis dan Hishamudin, menteri yang selalu sangat bercakap ikut sedap mulut itu telah pun membuat kenyataan sebelum ini dimana mereka mengumumkan pintu rundingan telah pun ditutup. Tidakkah Hishamudin dan pihak polis merasa malu dengan tindakan gelojoh mereka itu? . Inilah akibat orang yang bermulut bacul !! Dimana nak letak muka ?
Nampaknya kerajaan Najib mengambil jalan mudah. Dengan sewenang-wenang mereka menuduh perhimpunan “BERSIH” yang nak diadakan sebagai HARAM! Dengan pantas sekali mereka menuduh himpunan itu telah dipengaruhi fahaman komunis dan bermacam tuduhan lagi. Terbaru ada ura-ura mereka hendak mengistiharkan “dharurat”. MasyaAllah, gila dan tamak betul kerajaan Najib ni!!
Maka dengan adanya laporan dan kenyataan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong itu diharap pihak kerajaan akan mengambil sesuatu tindakan yang positif. Andainya saranan atau perintah Agong ini tidak dipedulikan oleh kerajaan Najib,.. bermakna, sah ! Najib telah menderhaka ! Selama ini pun kerajaan Najib telah begitu banyak mencabuli perlembagaan Negara yang juga boleh kita istilahkan sebagai menderhaka!.
Cukuplah tu ! Janganlah bertindak seolah-olah Najib berada lebih atas dari Seri Paduka Baginda!. Dan kerajaan Najib /BN seharusnya berada di bawah perlembagaan, bukan di atas perlembagaan! Jangan menjadikan perlembagaan sebagai kerusi tempat duduk yang kita boleh lanyak hari-hari!!
Sesungguhnya rakyat sentiasa dahagakan sebuah kerajaan yang adil, saksama dan berjiwa rakyat! bukan kerajaan zalim dan rasuah seperti hari ini. Untuk mendapat sebuah kerajaan yang adil, sistem pilihanrayanya mestilah adil, bukan seperti apa yang pernah dibuat oleh SPR.
Jadi, dimana logiknya perhimpunan “BERSIH 2” yang nak menegur dan mendesak SPR supaya berlaku adil telah di cop sebagai haram?
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan