Khamis, 14 Julai 2011

Utusan Si Pembohong tuduh laporan akhbar asing bohong

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia mahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak lagi memberi muka kepada akhbar asing dan portal berita yang menurutnya menyokong pembangkang.

Menurut akhbar itu, media asing terutama portal pembangkang di negara ini begitu berani membuat laporan yang tidak benar kerana begitu yakin kerajaan melalui KDN tidak akan mengambil tindakan.

Akhbar itu mendakwa, dua portal berita tempatan Malaysiakini dan The Malaysian Insider sealiran dengan akhbar luar membuat laporan palsu mengenai perhimpunan Bersih Sabtu lalu.

Utusan Malaysia dalam rencana pengarang hari ini mendakwa kedua-dua portal itu membuat banyak laporan palsu ketika perhimpunan Bersih berlangsung bertujuan untuk memburukkan kerajaan di mata masyarakat dan mencemarkan Malaysia di pentas antarabangsa.

Katanya, sikap tidak beretika dan melampau media-media berkenaan tidak harus dibiarkan dan langkah Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mendedahkan bukti apa sebenarnya berlaku pada Sabtu lalu amat dialu-alukan. “KDN tidak harus lagi berlembut dengan media-media seumpama itu yang dalam setiap laporan mereka tidak ada yang baik mengenai kerajaan dan Malaysia.

“Dalam soal ini kita tidak mahu lagi mendengar hujah atau amaran tetapi kesudahannya tiada tindakan tegas diambil,” lapor Utusan Malaysia.
Menurut akhbar itu, kalaupun kerajaan cuba ‘berbaik-baik’ dengan mereka dengan memberikan maklumat dan fakta yang tepat dan sahih, mereka tidak akan menggunakannya.

Sebaliknya mereka akan mencari fakta lain yang boleh memburuk-burukkan imej kerajaan dan Malaysia serta tetap mendengar putar belit pembangkang.Bagaimanapun, melihat rakaman media asing Al-Jazeera tentang perhimpunan Bersih 2.0, ternyata kalimah mereka gunakan adalah realistik.
Ahli perhimpunan disifatkan sebagai pembantah kepada perjalanan pilihan raya yang disaluti amalan tidak demokratik kerana undang- undang pilihan raya yang tidak adil.

“Lalu dianggapkan urusan perhimpunan sebagai saluran untuk menuntut Najib menggubal undang-undang pilihan raya yang adil.
“Ia jauh berbeza dengan laporan media lokal yang terlampau negatif untuk Bersih 2.0, malah turut mengundang persepsi, betapa media tersebut kuat dikontrol oleh penguasa Umno-Barisan Nasional.

“Meskipun semua pengamal media boleh menyifatkan orientasi media itu sudah melanggar etika pemberitaan kerana sarat dengan kandungan kepalsuan, pembohongan dan pemfitnahan melampau,” kata Wan Nik Wan Yusoff, pengkaji politik di pejabat Menteri Besar Kelantan .
Misalnya akhbar Berita Harian telah menggunakan ‘imej jadian’ dengan mempamerkan lagak seorang pemuda seumpama pemuda Palestin sedang melontar batu ke arah polis Israel.

Ala media Israel

“Ia suatu ciptaan, bukan realiti tentang perhimpunan Bersih 2.0. Mana ada lagak pemuda sebegitu! Ia suatu teknik kepalsuan ala media Israel (Yahudi) yang bertujuan mencemarkan misi perhimpunan Bersih 2.0,” tambahnya.
Beliau berkata, media lokal itu juga turut mesra pembohongan apabila dikesan telah mengabaikan fakta sebenar tentang perhimpunan Bersih 2.0.

Di antaranya meletakkan status Bersih 2.0 sebagai gagal dan menyiarkan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang kononnya ahli perhimpunan hanya sekitar 5,000 atau 6,000 orang sahaja.
“Sedangkan dalam lembaran akhbar sama turut mengesahkan lebih 1,600 telah ditangkap. Jika benar gagal, kenapa perlu tangkap sampai hampir dua ribu orang,? soal Wan Nik.

Menurutnya, pembohongan paling tidak berperikemanusiaan turut disiarkan melalui kenyataan Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berhubung pengakuan di sebalik kematian pemandu teksi, Baharudin Ahmad.

“Kematian beliau dikatakan akibat sakit jantung, sedangkan ahli keluarganya mendakwa arwah tidak pernah mengidap sakit jantung. Apakah kepakaran polis telah mengambil alih kepakaran seorang doktor? Hanya media yang sewel seumpama media lokal tersebut sahaja yang mengiktiraf kenyataan polis sebagai benar,” tegasnya.

“Satu lagi, amatlah malang apabila media lokal tersebut sudah menjadi mata pedang yang membunuh watak akibat mainan fitnah yang dihamburkan kepada masyarakat. Ia berkaitan dengan laporan terhadap (Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dicap sebagai petualang, penderhaka dan pengacau.

“Ia suatu fitnah besar. Maka lagak media lokal itu seumpama hakim yang pendek akal kerana mengecap Anwar dengan niat mematikan wataknya sebagai politikus yang berprinsip.
“Termasuklah juga menyiarkan pandangan yang anti Bersih 2.0, kononnya Sasterawan Negara, A. Samad Said sebagai seorang yang bijak telah digambarkan semacam watak yang pendek akal kerana boleh bersama-sama Datuk S Ambiga menuntut lapan perkara ke arah pilihan raya yang adil,” ujarnya.

Addin :

Salah satu sebab lagi Utusan Meloya tertekan di sebabkan hasil jualan akhbarnya merosot, jikalau tidak kerana dana yang di suntik oleh Umno mungkin Utusan Meloya dah lama gulung tikar.
PASPB

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan