Khamis, 7 Julai 2011

Najib dakwa kerajaannya adil, SPR juga adil


Adil taik kucing ! berak ditimbus, tapi najis masih kelihatan !!

Perdana Menteri Najib masih mempertikai niat murni gabungan 62 badan-badan NGO yang memperjuang keadilan, melalui slogan “BERSIH 2”.   Najib dengan sikap degil dan sombongnya  tetap menganggap  himpunan “BERSIH 2”  itu haram!!   Kenyataan Najib memang senada dan selari dengan kenyataan sepupunya Hishamudin. 
Jelas ! kenyataan kedua-duanya seperti memperkecilkan DYMM
SPB Yang Dipertuan Agong.  Agong perkenan himpunan “BERSIH2” boleh diadakan di stadium, mereka pula kata jangan!

Menurut Najib selama ini kerajaannya telah bersikap adil dan SPR juga telah berlaku adil.  Buktinya?  Kalau SPR tidak adil takkan PR boleh menang 5 buah negeri !  Kalau SPR tidak adil takkan PR boleh mengurangkan majority 2/3 BN!  Begitulah dalil dan alasan yang diberi oleh Najib dan dia mahu seluruh rakyat mempercayaai,  tetapi adakah rakyat percaya? Tidak!!

Apa yang rakyat percaya ialah Najib seorang pembohong!   SPR pula sebuah badan (Suruhanjaya Pilihan Raya) penipu.  Kalau SPR benar-benar adil dan telus, Najib bukan saja akan kehilangan 5 buah negeri, tetapi telah menjadi ketua pembangkang di parlimen ! (Perak diambil balik secara ganas)

Pernahkah selama ini akhbar pengampu menyiarkan berita mengenai penipuan dan penyelewengan oleh SPR dan kerajaan BN?  Rakyat Malaysia usahkan nak membaca akhbar-akhbar pengampu,…  melihat tajuk akhbar pun mereka dah loya !, sebab?,… penuh dengan penipuan ! pembodekan! dan kelucahan!!  Ketahuilah Najib!  Sedarlah!  bahawa rakyat Malaysia bukan lagi bodoh, bukan boleh ditipu lagi!.  Mereka  sedang menikmati limpahan maklumat dan berita dari sumber-sumber lain, ! bukan dari RTM, TV3 atau akhbar-akhbar pengampu!

Bukan Najib tidak tahu,  setiap hari ada saja pendedahan demi pendedahan oleh parti pembangkang dan juga penulis-penulis blog bebas bahawa penyelewengan telah berlaku di sana sini. Paling ketara senarai pengundi terkini,  dimana  terdapat ramai sekali pengundi-pengundi hantu !!   Wujudnya pengundi hantu telah dibuktikan!, cuma akhbar-akhbar pengampu tidak menyiarkan. Memang!, kalau dicincang lumat pun mereka tidak akan menyiarkan penipuan yang dibuat oleh SPR dan BN.

Najib tak mahu berubah!,  Umno tak mahu berubah!  BN juga tak mahu berubah, jadi siapa yang berubah?  Sama-sama kita doakan semoga tampok kuasa di Putrajaya yang berubah,!  InsyaAllah.

Oleh : rahimothman




Tiada ulasan:

Catat Ulasan