http://pahangdaily.blogspot.com/2011/07/rais-yatim-kementerian-penerangan-html
BANTING 18 Julai – Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim (foto), hari ini berkata, Radio Televisyen Malaysia (RTM) sedia menyiarkan rakaman polis mengenai keganasan yang dilakukan oleh peserta perhimpunan haram pada 9 Julai lepas. Beliau berkata, polis tidak seharusnya menyimpan rakaman video yang memaparkan kekasaran yang dilakukan oleh peserta perhimpunan haram itu terlalu lama sehingga menjadi satu “elemen kontra” kepada pasukan itu.
"Pandangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya polis mendedahkan rakaman video mereka mengenai salah laku peserta perhimpunan haram itu perlu disambut baik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perkampungan Budaya Orang Asli Kaum Mah Meri Pulau Carey dekat sini hari ini. Rais berkata, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sanggup menyiarkan rakaman video itu demi kesahihan dan keadilan.
RESPON DARI KENYATAAN RAIS !
Dato’ Sri Rais Yatim berkata,.. RTM bersedia menyiarkan rakaman polis berkenaan keganasan dalam himpunan “BERSIH” pada 9 julai lalu. Dato’ tak cakap pun rakyat tahu! Rakyat memang dah cukup faham,.. tugas RTM ialah menceritakan yang baik-baik tentang kerajaan dan menuduh yang buruk-buruk di pihak pembangkang. Rakyat cukup mengerti!
Apabila pembangkang atau mana-mana pihak mendedahkan keburukan atau kepincangan dipihak kerajaan, maka RTM lah tempat mereka membuat penafian dengan mengemukakan seribu alasan! Setiap kali ada kepincangan dan salahlaku, tak boleh tidak kerajaan mesti buat penafian melalui RTM, media kesayangan milik nenek moyang mereka! Lebih malang lagi kerajaan cuba menyembunyikan apa saja keburukan dipihak mereka. Yang itu rakyat sangat-sangat faham !
Sebelum ini TPM Tan Sri Muhyiddin telah menegur PDRM agar siarkan segera rakaman perhimpunan itu! (tegur-tegur ayam je kut!) PDRM masih juga tak disiarkan !! (entah ada, entah tidak - rakaman itu) Dan hari ni Dato’ Rais Yatim berkata,..RTM setuju nak siar rakaman tersebut!.... Tak payah lah Dato’ Rais, rakyat dah puas menonton di laman-laman blog!
Peristiwa dah pun berlalu hampir dua minggu !. PDRM nampaknya amat cepat dan cekap dalam menggertak, menghambat, dan mengganasi penjenayah yang bukan penjenayah!. Tetapi PDRM amat lembab dan lambat dalam hal mengakui kebenaran!. Kenapa lambat sangat Dato’ ! Najib belum beri apa-apa arahan lagi? Rakyat yakin, kalau dilambat-lambatkan tentu ada muslihat !!
Apa jadi kalau tayangan keganasan polis dilambat-lambatkan?
Ibarat Najis,.. kalau kita nak lihat kejijikan dan kebusukan najis ialah semasa ia masih baru. Paling lama pun dalam masa dua tiga hari. Dalam tempoh itu ulat taik juga jelas kelihatan dan bau busuknya usah cerita le ! menusuk dan menyucuk batang hidung !. Tetapi kalau dah seminggu,… najis pun dah kering !! baunya pun dah hilang !.
Agaknya selain mengambil masa panjang untuk tujuan ubah edit, tokok tambah atau sebagainya,… itulah tujuannya – membiarkan saja najis menjadi kering hingga hilang rupa dan bau !
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan