Sabtu, 23 Julai 2011

BERTERUS TERANG SAJALAH PDRM !




Dalam isu himpunan “BERSIH 2” polis masih berkerja keras untuk mencari seribu alasan !. Kenyataan demi kenyataan dikeluarkan, untuk menafikan , keganasan, salahlaku atau keterlanjuran anggota-anggota mereka.

Untuk menangkis tuduhan rakyat bahawa polis bertindak ganas, atau separuh ganas!,..  maka semalam satu video telah dikeluarkan oleh PDRM.

Ternyata penafian polis hanya dalam bentuk penceritaan, gambar kurang jelas!,  terdapat edit dan suntingan di mana-mana.

Kesimpulannya video polis banyak terdapat kelemahan dan kekurangan. .. Walaupun mengambil masa dua minggu untuk membuat ubahsuai dan beberapa suntingan, cuma itulah hasilnya, Amat mengecewakan !. Kalau dibandingkan dengan video individu keluaran rakyat kesan dan realitinya sangat berceza!.  Jelas sekali video   rakyat memaparkan kekasaran dan keganasan sebenar di pihak polis. . Kesian PDRM,  gagal membuat penafian melalui rakaman video ciptaannya sendiri.  Juruvideo  di pihak polis sepatutnya lebih propersional !  Kenapa gambar keganasan polis tidak dipaparkan ?

Tentang lakunan semula –  Sudah banyak kes, rakyat didedahkan dengan ketidakjujuran atau penipuan pihak polis.  Kes Al Maunnah misalnya.  Kononnya sekumpulan rakyat ingin memerangi Yang Dipertuan Agong. Mereka yang terlibat kononnya telah menceroboh sebuah kem tentera, mencuri sebanyak-banyak senjata - penuh satu  kenderaan PAJERO. 

Yang peliknya mereka yang mencuri itu dapat melakukannya dengan begitu mudah dan selamat. Rakyat boleh percaya ke?  Untuk menyokong dakwaan PDRM itu, mereka melakunkan semula cara rompakan itu dilakukan!. Sekali lagi rakyat makin tidak percaya !  Untuk kes himpunan “BERSIH 2” ini pun sama juga.   Kelmarin PDRM telah melakunkan  semula beberapa bahagian dari peristiwa itu.  Apa tujuan sebenar mereka Wallahhua’lam. Yang pasti Umno dan PDRM mahu mengelirukan pemikiran rakyat!

Dalam kes video lucah,.. Bertalu-talu rakyat meluahkan rasa marah dan tidak percaya. Dua tiga kali DS Anwar membuat penafian!  UMNO/BN, barangkali PDRM juga bersungguh-sungguh menuduh Anwar adalah pelakunya.  Kenapa PDRM/UMNO tidak mahu membuat lakunan semula? Lakunkanlah  semula bagaimana Anuar boleh berada di hotel murah itu!  Gayakan juga bagaimana Datok T Eskey berada dibelakang tabir  atau sebagai juruvideo bagi aksi lucah itu !!

Kes sebelum hari perhimpunan “BERSIH 2”   
Kenapa polis tidak melakunkan  semula bagaimana mudahnya mereka  menyediakan beberapa bilah parang panjang, dan beberapa biji botol plastik yang diisi dengan petrol (bom petrol). Polis sendiri yang buat,  tetapi tuduh pendemo yang lakukan,  kononnya pendemo telah buat persediaan hendak mengamuk?.  Hakikat sebenar sebesar zarah pun amukan tak berlaku, bau-bau rusuhan jauh sekali !  

Rakyat menyeru pihak polis !  Kalau benar polis anak jantan, polis ikhlas,….sila buktikan polis tidak zalim, polis tidak ganas!  Sila buktikan majoriti  rakyat Malaysia sangat berminat dengan fahaman komunis !! seperti didakwa. Tunjukkan bukti yang relevan !.  Kalau tak ada bukti kukuh, lebih baik bebaskan saja enam orang ahli PSM yang ditahan!  Berhati perut le sikit!. Kasihanilah mereka,  kasihanilah keluarga mereka !

Isu polis jumpa peralatan dan senjata
Sekarang ini tentu polis-polis sedang sibuk mengagih-agih sesama sendiri  parang panjang, botol berpetrol, dan T Shirt yang kononnya mereka jumpa itu . Mereka boleh guna parang itu untuk menebas kebun,  Baju T “BERSIH” mereka boleh pakai ke kebun  atau pakai tidur malam!  Minyak petrol pula mereka boleh bagi anak-anak bujang mereka yang bermotor !!  Fuhh.  Hebatnya polis Malaysia !. Seharusnya kalian semua malu!  Tuduhan mengatakan pendemo nak buat rusuhan melesit !  Tuduhan kononnya pendemo nak sebarkan fahaman komunis lagi tak laku.                                                                                                                  

 Nasihat buat PDRM                                                                                                          Semua masaalah berhubung dengan intergriti polis boleh selesai sebenarnya!  Kalau PDRM ingin dilihat jujur, amanah dan dipercayai oleh rakyat  senang saja !.  Mulai sekarang jauhi pemimpin Umno.  Buat satu pengistiharan bahawa PDRM selama ini telah dipaksa mengikut arahan Umno.  Dan mulai saat ini juga PDRM istiharkan bahawa mereka tidak lagi mahu berkerja untuk Umno !  Seluruh rakyat akan bersorak riang jika ini benar-benar berlaku !   Dan InsyaAllah kalau PDRM bertuankan kerajaan PAKATAN RAKYAT pasti semua ini tidak berlaku !!

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan