Hantar pulang William Bourdon - peguam Perancis tiada kaitan politik, kata Hisham
Sindrom penafian sudah menjadi sebati dalam darah daging Umno/Bn.
Kes Liwat 98 adalah konspirasi tertinggi UmnoBN – lalu berbuihlah mulut Mahathir dan seluruh pemimpin Umno membuat penafian! walau pun begitu banyak bukti menunjukkan mereka berkonspirasi !
Najib di tuduh terlibat dalam pembunuhan Altantuya kerana terbukti banyak fakta kes – telah dighaibkan!, ..lalu pemimpin-pemimpin Umno dan mahkamah sepakat menafikan!
Kemudian Najib dikatakan terlibat dalam konspirasi kes Liwat 2 – lalu pemimpin Umno sepakat membuat penafian. Berikut timbul lagi dakwaan dimana Najib dan Umno terlibat dengan pengedaran video lucah! Yang kononnya melibatkan ketua pembangkang.
Lepas tu rakyat menuduh PDRM telah melakukan keganasan dalam perhimpunan “BERSIH 2” Najib, pemimpin-pemimpin Umno dan PDRM bingkas membuat penafian. Semua tuduhan atau dakwaan di atas sangat berasas dan boleh dibuktikan! Tetapi sindrom penafian telah menjadi darah daging Umno, maka walau apa pun penafian mesti di buat !
Terbaru, isu peguam Perancis, William Bourdon dihalau pulang ! Banyak pihak mendakwa Najib dan kerajaannya takut rahsia penyelewengan pembelian kapal selam akan terbongkar dengan cepat, maka sebab itulah peguam itu dihantar pulang secara tergesa-gesa. Dan hari ini Hisham, sepupu Najib dengan rasa tak malu atau tebal muka telah membuat penafian . Menurutnya peguam itu dihantar pulang kerana ada sebab lain, bukan ada kaitan politik ! Kah!! Kah! Kah !!! menipu lagi ! menafi lagi!
Menafi ! menafi!, menafi !! Apa saja kesilapan, kesalahan, kesongsangan, kemunafikan, kemungkaran, salahlaku atau apa saja keburukan yang terpalit di muka Umno mesti dinafikan!! Tak pernah mahu mengaku kesalahan!! Begitulah gaya atau budaya hidup Umno !
Hidup Najib!! Hidup Hisham !! Hidup Umno !! Hidup pemimpin Umno!. Semoga panjang umur ! dan kalian semua sempat bertaubat !!
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan