Khamis, 21 Julai 2011

Ibrahim Al Katakki, perasan dirinya hebat !!


Aduuhh,  malunya akuu !  Kita nak bagi anugerah, depa tak mau pulak !  Depa perlekeh! Depa tolak mentah-mentah!
Sampai hati depa kata aku macam-macam !

Begitulah nasib si Katak malang ni!  Dia cuba melompat masuk ke dalam bakul, lalu mengangkat sendiri bakul itu. Mana mungkin !!,  tetapi dia perasan dia sudah cukup hebat !  Dia perasan dia seorang pejuang bangsa !  Dia mengaku dialah pembela ketuanan  Melayu,  dialah pembela bangsa Melayu sejati !  Dialah pemegang kuat kata-kata Hang Tuah - “Takkan Melayu hilang di dunia”,.. tetapi,..

Dia tak sedar Hang Tuah sendiri dah lama hilang, mati tak berkubur!  ghaib entah kemana !. Mungkin satu hari nanti Melayu juga akan hilang atau  hancur,  selagi Melayu didokong oleh UMNO dan PERKASA !  pimpinan Ib.Ali Al Katakki 

Kepada Ibrahim Ali Al Katakki,  Pengerusi PERKASA, juga sebagai ahli parlimen bebas menang atas tiket PAS!.  Kita nak tanya sikit !  Apa tujuan sebenar anda hendak mewujudkan anugerah itu ?  Kenapa anda melantik diri anda sendiri sebagai pemberi anugerah ? Layakkah anugerah itu diberi nama “anugerah Ibrahim Ali” ?  Teman rasa tak payahlah !  Nak kata layak,  jaauh sangat. Jauh panggang dari api!  Ramai lagi tokoh-tokoh lain yang jauh lebih berkaliber !

Ibrahim Al Katakki !  Tak usahlah masuk bakul angkat sendiri. Kalau masuk guni lari sendiri tak apa!  Itu biasa orang buat !  (Acara sukan – lari dalam guni) .  Berbalik kepada anugerah yang Brahim nak beri itu,  teman cadangkan beri saja  kepada  Sekolah Harapan di Melaka.  Tentu Ali Rustam suka! Susah-sasah sangat beri  kepada  ahli-ahli PERKASA sendiri !. Caranya - mana-mana ahli PERKASA yang memakai songkok hitam melebihi tiga jengkal atau paling tinggi maka layak menerima “anugerah Ibrahim Ali”

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan