Jumaat, 22 Julai 2011

SYABAS SHEIKH ! Cuma Umno masih berdegil!!


Seorang lagi ahli Umno /  bekas menteri kerajaan pusat, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir   telah menunjukkan kematangan berfikir dan berhujah dalam isu himpunan “BERSIH 2”.
Sebelum ini Dato’ Saifudin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi telah memberikan kenyataan peribadinya.  Begitu juga dengan YB Mulia Tengku Razaleigh Hamzah.

Ketiga-tiga mereka ini bersetuju tindakan BERSIH adalah benar, wajar dan sangat berasas. Menurut mereka kerajaan sepatutnya bertindak, mengambil langkah-langkah yang positif kearah memperbaiki kekurangan, kecacatan, dan ketidakadilan dipihak kerajaan dan SPR !, bukan menyerang balas kumpulan BERSIH dengan tuduhan-tuduhan yang tidak manasabah. Hak dan  kebebasan serta keadilan yang dituntut oleh rakyat wajar sekali ditunaikan ! . 

Syabas ! dan tahniah !  Tan Sri Kadir !  Anda telah keluar dari kotak pemikiran biasa orang-orang Umno. Tan Sri mampu berfikir waras menggunakan otak yang Allah beri,  bukan berfikir secara sempit, kotor, kolot dan jumud ! sebagaimana kebanyakan pemimpin dan penyokong-penyokong Umno.  Mereka begitu degil ! tak mahu berubah! 

Wahai pemimpin UmnoBn!  Rakyat Malaysia sudah cerdik dan semakin cerdik.  Kalau kamu menganggap ,  mereka bodoh !  itulah satu  kesilapan besar !   Pilihan Raya Umum / PRU ke-12 telah membuktikan,.. Umno kecundang kerana kedegilan, kerana kejahatan dan penipuan! .  Masihkah Umno mahu tertipu, oleh kebodohan diri sendiri !  Kita tunggu PRU ke-13 !!

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan