Sabtu, 23 Julai 2011

Polis, FRU meletakkan diri mereka sebagai Umno, maka inilah hasilnya ....

Menurut Najib selaku Presiden UMNO,  Putrajaya mesti dipertahankan, walau dengan apa cara sekali pun. Maka besar kemungkinan anggota Polis/FRU telah meletakkan diri mereka sebagai ahli Umno, maka berasaplah rasa marah dan kebencian mereka kepada  himpunan “BERSIH” yang disokong oleh PAKATAN RAKYAT khasnya PKR. 

 

Lihat gambar !..  Lihatlah cara polis melepaskan tembakan gas pemedih mata!  Ia sangat bersalahan dengan peraturan atau tatacara sebenar. Mereka melepaskan tembakan dengan menghalakan muncung senapang tepat kearah orang ramai. Sepatutnya muncung senapang 45 darjah keatas.

Mungkin di benak setiap anggota polis berkata ,..Aahh, persetankan peraturan!. Umno lebih utama !. Arahan Najib mesti dipatuhi !!  Maka perwatakan dan tindakan pihak polis di hari himpunan “BERSIH”  jelas sekali menunjukkan mereka seolah-olah anggota Umno yang sentiasa memusuhi dan membenci pembangkang.

Selama ini pun rakyat sedar, rakyat tahu !. Tindakan orang Umno sering dilihat membelakangkan perlembagaan!  peraturan dan undang-undang. Kalau ada pun yang dipatuhi mungkin separuh. separuh lagi tidak !  Samalah sikap Umno dengan hukum Islam,  sebahagian dipatuhi,  sebahagian diengkari !  Jestru, apa bezanya polis dengan Umno ?

 Oleh : rahimothman

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan