Rabu, 30 November 2011


INI SOAL PERIBADI SHAHRIZAT DAN KELUARGA

Kenapa  minta simpati kaum ibu dan para isteri ?
 
Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Wanita, keluarga dan masyarakat sepatutnya jawab isu lembu dan salahguna wang rakyat berjumlah RM250 juta ini atas dasar peribadi ! Tak perlulah beliau mengaitkannya dengan Wanita Umno !!  Dan kenapa pula sampai meminta simpati ibu-ibu dan para isteri?

Seperkara lagi,.. beliau mendakwa tuduhan tersebut dibuat oleh pihak pembangkang yang cuba mengaibkannya.Dato’ !  ini bukan soal aib atau tidak ! Ini soal kepentingan rakyat,  soal kebenaran dan soal penyalahgunaan kuasa!

Wahai Dato’ Seri Shahrizat !  Isu ini memanglah dibawa oleh pembangkang !.  Pembangkang juga berjuang untuk rakyat ! Mereka mahu wang rakyat tidak diselewengkan! Kalau dato' rasa dato' telah difitnah,  saman saja di mahkamah !

Dato’ kata dato’ berkerja dan berjuang dengan ikhlas. Pembangkang pun berjuang dengan ikhlas!. Malah perompak dan penyamun pun akan berkata mereka membuat kerja merompak itu dengan ikhlas !!  Jadi ketepikan dulu soal ikhlas atau tidak!.

Kalau dato’ di pihak yang benar belalah diri dato’ !!   Berhujjahlah atas kekuatan diri sendiri , bukan dengan mengaitkan Wanita Umno dengan menyebut perkataan  “kita” dan  “kami” di dalam hujjah dato’ .. Ini masaalah dato’ dan keluarga dato’ yang melibatkan kepentingan orang ramai,.. bukan masaalah Wanita Umno !!  Sendiri buat sendiri tanggunglah!, Pembangkang dah timbulkan, pembangkang juga sudah bertanya dan mencabar dato'.  Dato' jawab saja lah,  bukan mencari alasan!  dan bukan menumpang kekuatan Wanita Umno ! ( jika masih ada kekuatan le! )


Kita perhatikan petikan kata-kata Shahrizat,,…

 “Saya tidak akan jawab kalau nak bertanya mengenai NFC,  tanyalah kepada orang NFC.  Saya hanya akan tumpukan pada Pergerakan Wanita Umno

Keimanan kita, kilkhlasan kami tidak akan berganjak dan kita tak akan mudah melatah walau apa pun pembangkang nak buat sebabnya,  kita ikhlas dalam perjuangan untuk agama,  bangsa dan Negara “ -  Shahrizat Abdul Jalil

Oleh : rahimothman

Komen dan ulasan dari kenyataan Muhyiddin

Guna perkataan jihat,.. kut-kut ada barakah !!


Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa ahli-ahli Umno berjihad untuk mempertahankan kuasa orang Melayu dengan mengekalkan kemenangan dalam pilihan raya umum ke-13 yang menurutnya merupakan “ibu segala pilihan raya”.

Menurutnya lagi,..pilihan raya umum kali ini akan menentukan jatuh bangun umat Melayu dan kelangsungan mereka.   

Kepada Tan Sri Muhyiddin,.. Penulis sarankan dua pilihan,…. 1) Ubahlah dasar Umno  dan  kembalilah kepada Islam,  atau 2) Minta saja orang Melayu bacakan Yassin dan atau Talqin buat Umno !!

Di bawah ini petikan kata-kata Muhyiddin,…

“Sesungguhnya, kita sedang berada dalam satu situasi yang amat kritikal. Pilihan raya umum ke-13 adalah ibu segala pilihan raya yang akan menentukan jatuh bangun umat Melayu. Apakah kuasa politik kekal berada di tangan kita?
Umno berada dalam keadaan kritikal memang wajar !  dan  Umno tak perlu dimasukkan ke ICU.  Biarkan dia menghembus nafas terakhirnya dengan tenang !!  Jasa Umno kepada orang Melayu hanya sekelumit !  tetapi Dosa Umno kepada orang Melayu terlalu banyak!  Jangan mimpi Umno  boleh kekalkan kuasa melainkan jika bermain dengan politik kotor !!!

Atau kuasa akan terlepas ke tangan orang lain?”  tanya beliau ketika berucap merasmikan secara serentak Persidangan Tahunan Puteri, Pemuda dan Wanita Umno malam ini.  
Dah terasakah kuasa akan terlepas ? Kalaupun terlepas kuasa ketangan orang lain apa salahnya? Orang lain yang dimaksudkan itu bukan makhluk asing!,  bukan orang luar!, bukan pendatang asing !!  tetapi rakyat Malaysia sendiri !
Jangan bimbang ! Ya, InsyaAllah kuasa akan terlepas kepada Pakatan Rakyat.  Rakyat dah cukup bosan dengan UmnoBn !

Dalam ucapan bertemakan “Menunjangi Survival Bangsa: Suatu Jihad”, Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri bertanya perwakilan ketiga-tiga sayap, “sanggupkah saudara-saudari melihat kuasa politik terlepas dari genggaman kita?”                                                                              Sanggup tak sanggup nak buat macammana. Rakyat yang buat pilihan. Kalau rakyat hendak kerajaan yang baru,.. terima saja lah !! Memilih kerajaan itu bukankah hak rakyat. Rakyat umpama ombak, kerajaan umpama sebuah bahtera. Bahtera mestilah belayar mengikut ombak bukan sebaliknya !

“Sanggupkah kita membenarkan pembangkang menawan Putrajaya? Sanggupkah kita melihat orang Melayu hilang kuasa di bumi sendiri? Jawapannya tentu sekali tidak,” kata beliau.
Orang Umno kata tidak sanggup !, Majoriti Melayu kata,  Melayu tak akan hilang kuasa ! kerana PAS dan PKR masih ada dan lebih dipercayaai !  Majoriti rakyat Malaysia kata lebih baik Umno hilang kuasa daripada GILA KUASA !  Sebenarnya sesiapa pun yang memerintah di Putrajaya bukan persoalan,.. sebab kita semua adalah rakyat Malaysia !

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional ini berkata,.. Umno merupakan parti terasnya. Perjuangan Umno sekarang ialah jihad untuk agama, bangsa dan negara.
Sekarang dah pandai guna perkataan jihat?,.. PAS dah puas menggunakannya!  Tiru PAS lah tu !  Jihat untuk agama bangsa dan Negara konon !  tetapi dalam masa yang sama songlap duit rakyat untuk poket sendiri dan kroni!!

“Jihad untuk keadilan. Jihad untuk pertahan hak. Percayalah, pilihan raya umum nanti mempunyai makna yang cukup dalam kepada kelangsungan kita. Pilihan raya ini adalah medan jihad dan saudara-saudari adalah para mujahid dan mujahidah,” katanya merujuk kepada perwakilan ketiga-tiga sayap itu.
Jihat untuk keadilan ? Kalau sesama Umno pun belum tentu boleh berlaku adil,  mana mungkin boleh beri keadilan untuk orang Melayu !  Jauh sekali kepada bangsa bukan Melayu !!

Oleh : rahimothman


Mazlan Pembohong Besar !!


Ketua Penerangan Umno Dato’ Ahmad Maslan mendakwa orang Melayu akan hilang segala kuasa jika Pakatan Rakyat  memenangi lebih banyak kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

Menurut Maslan lagi orang Melayu akan hilang segala hak dan kuasa mereka sekiranya Pakatan Rakyat memerintah. Kenyataan yang dibuat oleh pemimpin Umno ini sangat melulu, membabi buta dan jauh dari fakta. Ia berunsur  hasutan dan berbau perkauman!  .

Hari ini masyarakat Melayu khasnya dan rakyat Malaysia amnya sudah sedar !!   Kewujudan Pakatan Rakyat ibarat satu keperluan dan kini menjadi satu  realiti.  Ia merupakan sebuah pakatan yang sangat ideal buat masa sekarang dan mungkin juga untuk masa-masa akan datang. 
Sudah terbukti Pakatan Rakyat berjaya mentadbir P.Pinang Kedah Selangor dan Kelantan,  kenapa Dato’ Maslan masih mahu menipu rakyat? Layak benar Dato’ digelar  Pembohong Besar !!

Parti-parti dalam Pakatan Rakyat telah melalui pahit maung di bawah enam perdana menteri. Pengalaman 54 tahun di bawah cengkaman UMNOBN telah banyak mengajar Pakatan Rakyat erti kebebasan dan kebenaran, hak dan kesaksamaan, keadilan dan kezaliman ! Pengalaman buruk dan kotor dari kerajaan UmnoBn telah mengajar Pakatan untuk menjadi yang terbaik !  Rakyat memahaminya dan sentiasa mengharapkan sesuatu yang baru dari sebuah kerajaan yang baru!

Justeru dakwaan Maslan itu adalah jauh dari kebenaran! Maslan khasnya dan Umno amnya sanggup menjadi pembohong besar kepada orang-orang melayu semata-mata mahu meraih undi untuk terus berkuasa.

Wahai Dato’ Ahmad Maslan!  Melayu sekarang bukan jenis Melayu zaman 50an – 80an lagi. Melayu sekarang bukan jenis pak angguk atau Pak Pandir!.  Satu ketika dulu kalau batang pisang diletakkan sebagai calun wakil Rakyat Umno,  bila-bila masa pun boleh menang!  kerana Melayu jenis Pak Pandir akan memangkahnya,  tetapi sekarang tidak!   Mejoriti orang Melayu sudah cerdik, mereka tidak mahu diperbodohkan lagi oleh Melayu bergelar Umno!  Mereka cukup sedar bahawa sekarang adalah masa untuk berubah,  bukan di perlaku seperti kerbau atau lembu - dikongkong dan dicucuk hidung!! .

Oleh : rahimothman

Selasa, 29 November 2011

STRATEGI JAHAT NAJIB BN !

Rahsia Umno & Najib terbongkar?!!  Kalau perkara ini benar ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan ! Najib pernah berkata Putrajaya akan dipertahankan walau dengan apa cara sekali pun !

Tak tahulah sama ada Najib dan Umno menganggap perkara ini rahsia atau tidak, tetapi yang jelas strategi busuk mereka baru saja terbongkar !  Strategi mereka sangat tidak bermoral dan berniat jahat.

Umno kini gabra dan gementar ! Mereka kian lemas, dan terpaksa berpaut walaupun pada seekor bangkai !. Semuanya semata-mata untuk menang dalam pilihanraya dan mahu  mengekalkan kuasa yang hampir terlucut!!

Apa strategi jahat Najib ?,,..Ini dia!,  Dalam buku Panduan Gerakerja Plihanraya Umum ke-13 Umno,  antara kandungannya ialah,… 

“Mencipta dan meyebarkan fitnah yang boleh diterima oleh pengundi, dengan cara mencipta persepsi negative terhadap pembangkang”
( Maklumat lanjut sila lihat di - http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2011/11/panas-najib-arahkan-fitnah-disebar.html#more

Menurut sumber,  maklumat ini telah dibocorkan oleh ahli Umno sendiri yang mana mereka merasakan apa saja yang dibuat oleh Umno hari ini amat keterlaluan dan menjijikkan.Nampaknya mereka tak habis-habis bermain kotor, termasuk dengan najis mereka sendiri !!.  Semoga Allah melaknati orang-orang yang membuat fitnah !

Oleh : rahimothman

Ahad, 27 November 2011

Slot ke London kian suram

Sumber : Sinar Harian
PERJUANGAN skuad Olimpik negara untuk meneruskan impian mara ke Sukan Olimpik London 2012 hampir berkecai apabila tewas 2-3 kepada Bahrain pada aksi ketiga Kumpulan C di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Kelekaan anak didik Ong Kim Swee yang gagal memanfaatkan kelebihan dimiliki ketika selesa mendahului jaringan 2-0 membawa padah apabila tiga jaringan pemain Bahrain dalam masa enam minit meranapkan segalanya.
 
Namun begitu, Malaysia beraksi baik sepanjang babak pertama dengan beberapa kali menguji gawang pelawat yang dikemudi Ashraf Waheed Alsebaie.

Hasilnya, Nazmi Faiz Mansor yang baru berusia 17 tahun berjaya menggamatkan suasana di stadium yang dihadiri kira-kira 10,000 penonton selepas sepakan lencongnya dari luar kotak penalti menerjah jaring m-29.

Tamat babak pertama kedudukan kekal 1-0. Bersambung babak kedua, Malaysia tampil lebih garang dan mengukuhkan kedudukan apabila, Waleed Al Hayam menjaringkan gol sendiri m-69 selepas cuba mengeluarkan sepakan Mahalli Jasuli.

Ketika penyokong negara mahu berpesta untuk meraikan kemenangan sulung selepas tersungkur dalam dua perlawanan terdahulu, sesuatu yang tidak terduga berlaku.

Saad Sazah Al Amer memulakan api kebangkitan negara timur tengah itu dengan meledak gol pada m-80 sebelum dua gol Isa Ahmed Muthanna m-84 dan m-86 memastikan anak didik Salman Shareeda pulang gembira ke Manama.

Sementara itu Jepun terus mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu Kumpulan A apabila menumpaskan Syria 2-1 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Tokyo, semalam.
Gol skuad Samurai Biru dijaringkan oleh pemain pertahanan, Mizuki Hamada pada mnit ke-45 separuh masa pertama perlawanan.

Bagaimanapun, Syria cuba bangkit melalui gol penyamaan Omar Al Suma pada minit ke-75 namun Jepun mengesahkan tiga mata milik mereka menerusi gol kemenangan yang dijaringkan oleh pemain tengah, Yuki Otsu, empat minit sebelum tempoh permainan sebenar ditamatkan.

Rabu, 23 November 2011

Umno pengkhianat bangsa melayu, Mahathir cuba bersihkan diri?

Oleh: Abdullah Ngah

Ada orang kata pada saya mengapa Tun Mahathir nampak Tun Abdullah Ahmad Badawi yang buat rosak umno, sedangkan dia sendiri sebelum ini telah banyak merosakkan umno.  Saya masih ingat kata kata KU LI semasa dalam 46 dulu.Mungkin orang lain pun masih ingat dengan kata kata umno pengkhianat bangsa Melayu.

Bagi saya umno lah yang menjadi pengkhianat bukan saja pada bangsa melayu, malah pada negara dan Islam. Bermakna rosaknya umno bermula bukan saja ketika Tun Mahathir jadi perdana menteri malah sebelum itu lagi.

Atas sebab itulah orang yang tidak mahu terbabit dengan saham itu lari keluar dan tubuh PAS, tubuh semangat 46 dan tubuh parti keadilan rakyat (PKR). Bagi rosak umno jelas pada Tun Mahathir sendiri.

Zaman itulah terlalu banyak tindakan cantas mencantas.  Bukan setakat cantas mencantas saja yang berlaku sewenang wenangnya malah bunuh membunuh juga berlaku. Yang paling menakutkan Najib ialah undi China pada PRU 13 nanti yang barangkali akan diadakan pada ogos 2012 nanti. Undi china adalah undi penentu kekalahan BN pada PRU 13 yang kelihatan tak boleh buat apa apa dah. Bukan macam bangsa melayu dapat RM100, RM300 dan RM500 tak nampak parti lain boleh memerintah negara ini.

Baik buruknya umno atas sebab bantuan tersebut.Bantuan itu membuat orang Melayu bersyukur. Apabila dah bersyukur dajal pun mereka undi.  Inilah perangai melayu, termasuk para pemimpin umno yang disebut sebagai pengkhianat bangsa oleh Ku Li itu.

Orang China tak boleh jualbeli undi hatta jutaan ringgit bantuan yang didapatinya. Yang penting bagi mereka ialah negara ini akan dimilikinya suatu hari nanti. Mereka mahu supaya bangsa mereka menjadi perdana menteri. Sebab itu PRU 12 umno Bn tak dapat dua pertiga.Undi Melayu tak hilang tapi undi china MCA dan Gerakan hilang.
RAKYAT MARHAEN