PERJUANGAN skuad Olimpik negara untuk meneruskan impian mara ke Sukan Olimpik London 2012 hampir berkecai apabila tewas 2-3 kepada Bahrain pada aksi ketiga Kumpulan C di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
Kelekaan anak didik Ong Kim Swee yang gagal memanfaatkan kelebihan dimiliki ketika selesa mendahului jaringan 2-0 membawa padah apabila tiga jaringan pemain Bahrain dalam masa enam minit meranapkan segalanya.

Namun begitu, Malaysia beraksi baik sepanjang babak pertama dengan beberapa kali menguji gawang pelawat yang dikemudi Ashraf Waheed Alsebaie.
Hasilnya, Nazmi Faiz Mansor yang baru berusia 17 tahun berjaya menggamatkan suasana di stadium yang dihadiri kira-kira 10,000 penonton selepas sepakan lencongnya dari luar kotak penalti menerjah jaring m-29.
Tamat babak pertama kedudukan kekal 1-0. Bersambung babak kedua, Malaysia tampil lebih garang dan mengukuhkan kedudukan apabila, Waleed Al Hayam menjaringkan gol sendiri m-69 selepas cuba mengeluarkan sepakan Mahalli Jasuli.
Ketika penyokong negara mahu berpesta untuk meraikan kemenangan sulung selepas tersungkur dalam dua perlawanan terdahulu, sesuatu yang tidak terduga berlaku.
Saad Sazah Al Amer memulakan api kebangkitan negara timur tengah itu dengan meledak gol pada m-80 sebelum dua gol Isa Ahmed Muthanna m-84 dan m-86 memastikan anak didik Salman Shareeda pulang gembira ke Manama.
Sementara itu Jepun terus mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu Kumpulan A apabila menumpaskan Syria 2-1 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Tokyo, semalam.
Gol skuad Samurai Biru dijaringkan oleh pemain pertahanan, Mizuki Hamada pada mnit ke-45 separuh masa pertama perlawanan.
Bagaimanapun, Syria cuba bangkit melalui gol penyamaan Omar Al Suma pada minit ke-75 namun Jepun mengesahkan tiga mata milik mereka menerusi gol kemenangan yang dijaringkan oleh pemain tengah, Yuki Otsu, empat minit sebelum tempoh permainan sebenar ditamatkan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan