Khamis, 10 November 2011

Salah guna RM250 juta : SPRM !! Siasat segera !!

Apa kaitan projek NFC ini dengan banglo mewah RM9.8 juta?

SPRM disaran menyiasat dengan segera isu panas yang dibangkitkan pihak pembangkang berhubung penyelewengan Projek Pusat Fidlot Kebangsaan(NFC)
yang melibatkan wang rakyat bernilai RM250 juta!

Perdana Menteri  -  didakwa telah membuat kenyataan bohong di  Dewan Rakyat.  Kalau benar, tidakkah  itu satu perbuatan menghina dewan.Apa bezanya menipu dewan dengan menipu rakyat?

Timbalan Perdana Menteri (bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani  -  
meluluskan projek dan pinjaman RM250 juta kepada dato’ Seri Shahrizat Jalil.Kenapa begitu mudah memberi projek besar kepada kroni?

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani  -
berbohong dengan  memberi kenyataan yang salah  di Dewan Rakyat.  Beriya-iya memberi penjelasan,.. nak pertahan kroni kut !!

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat -    mendapat keuntungan dari projek mewah dan bantuan pinjaman mudah dari kerajaan. Menurutnya beliau berhak mendapat projek itu,(itulah istimewanya pegang jawatan dalam Umno) Menurutnya lagi beliau kesal kerana tuduhan itu bertujuan merosak dan melemahkan  wanita Umno. Kah! kah kah!... Sejak bila wanita Umno kuat? Diri sendiri punya hal kenapa nak kaitkan wanita Umno?

Ketua Pemuda Umno/YB Rembau –                                       cuba memutar belitkan fakta demi melindungi perbuatan pecah amanah rakan sebumbung !

 

oleh : rahimothman


Tiada ulasan:

Catat Ulasan