Selasa, 8 November 2011

ANTARA UMNO DAN KU LI : Siapa lebih iklas?

Ku Li  tak perlu tunggu lebih lama

 

Tidak dinafikan Tengku Razaleigh Hamzah ialah seorang tokoh politik yang ulung, dihormati dan disegani. Perjuangan politik Ku Li  cukup konsisten, dan sangat berpegang teguh dengan prinsip.

Walaupun partinya Umno sudah busuk sampai keusus, sebagaimana kata Tun Mahathir,  Ku Li masih satu-satunya ahli politik dari keturunan istana yang masih kekal, berpengaruh dan disayangi rakyat hingga kehari ini.

Kepada Tengku Razaleigh !,.. Sepatutnya peristiwa hitam Umno 1987 banyak mengajar Tengku. Takkan semudah itu Tengku melupakan!  Umno pernah menafikan hak Tengku sebagai Presiden parti!, Umno pernah memfitnah dan memperlekeh diri Tengku, malah Tengku pernah dicop sebagai penderhaka kepada parti dan bangsa !  

Kemudian,.kembalinya Tengku kepada Umno untuk membubarkan Semangat 46 langsung tidak dihargai !   Jadi apa lagi yang Tengku harap dari Umno?  Nasib Ku Li dalam arus politik Umno nampaknya tak kemana-mana,hinggalah ke hari ini. Umno tak pernah memberi ruang dan peluang kepada Ku Li untuk menyertai kabinet.  Ku Li ibarat melukut di tepi gantang.  Perlukah Ku Li  terus setia pada Umno yang kini sudah dihinggapi kuman HIV dek kerana perbuatannya sendiri?  Tak guna Ku Li menunggu buah yang tak gugur, kerana kalau dia gugur pun pastinya gugur busuk !! 

Tengku !!  Keikhlasan Tengku  dalam memperjuangkan hak dan nasib bangsa Melayu nampak lebih menyerlah jika dibandingkan dengan lain-lain pemimpin Umno,  maka adalah lebih baik  Ku Li  turun padang berjuang menegakkan yang hak, menegakkan keadilan dan kebenaran – bersama Pakatan Rakyat – Pakatan Rakyat sudah membuktikan keupayaan mereka mentadbir Selangor Penang dan Kelantan . Semoga Ku Li sedar dari lamunan !!

Oleh : rahimothman

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan