Isnin, 14 November 2011

Ejekan tuan rumah - jadi pembakar semangat!

Tahniah Ong Kim Swee!, tahniah Badrul, tahniah kepada semua pemain !!

Syabas Badrul Bahktiar !!  Anda telah berjaya melaksanakan tanggung jawab anda sebagai ketua pasukan. Tahniah juga kepada semua pemain skuad B 23 Malaysia yang sedang beraksi di Sukan SEA ke-26 Jakarta, Palembang Indonesia.

Gelagat penyokong-penyokong fanatik Indonesia yang sentiasa menyejek pemain-pemain Malaysia ketika beraksi bukan sesuatu yang pelik. Anggaplah ejekan bagai anjing menyalak bukit!  tak menjadi kudis langsung!  .sebaliknya menjadi pembakar semangat !! dan akhirnya anda dan rakan telah pun membuktikannya !

Anda telah berjaya membimbing pasukan mengharungi tiga perlawanan dengan cemerlang. Anda dan rakan telah membuktikan pemain Malaysia bersemangat kental !. Tahniah sekali lagi.!!


Ayuh skuad harimau muda !  Menang dengan pasukan tuan rumah Indonesia dalam perlawanan terakhir khamis ini – merupakan satu bonus !!  Andainya seri Malaysia tetap layak separuh akhir, manakala Singapura dan Thailand berputih mata ! . Apa-apa pun dalam pertemuan dengan Indonesia nanti ayuh kita buktikan !! bahawa  ejekan penonton  tuan rumah sekali lagi boleh  membantu Malaysia mengalahkan pasukan mereka sendiri.  Kita lihat nanti siapa yang menggigit jari

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan