Bila JPPM nak luluskan Pakatan Rakyat ?
Pendukung dan penyokong PR ternanti-nanti, bagai menunggu buah tak gugur
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, (JPPM atau ROS) adalah sebuah jabatan yang menguruskan hal ehwal pendaftaran pertubuhan. di Malaysia.termasuk parti-parti politik. Ia terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri dimana menterinya ialah Dato’ Hishamudin Tun Husien sendiri.
Apa yang dapat dilihat, JPPM semacam sudah hilang intergriti. Di mana-mana Jabatan pun, dalam melaksanakan tugas sepatutnya semua kakitangan termasuk pengarah atau timbalannya mestilah bersikap profersional dan berkecuali, tetapi apa yang berlaku di JPPM ini adalah sebaliknya !
Nampak sangat Hishamuddin telah menggunakan kuasanya untuk melambat-lambatkan kelulusan pendaftaran parti Pakatan Rakyat. Kerajaan UmnoBn khasnya JPPM telah memperlihatkan sikap double standard dan bias terhadap parti lawan. Mereka seolah-olah sebotaj, sebab itu mereka tidak mahu meluluskan permohonan pendaftaran parti tersebut, walau pun sudah menjangkau dua tahun permohonan diajukan. Alasan yang diberi oleh JPPM sangat remeh dan tidak manasabah langsung.
Orang ramai faham JPPM/ROS yang bertindak sebagai proksi Umno sebenarnya terlalu takut jika kelulusan diberikan. Mereka tahu perjalanan parti Pakatan Rakyat akan dilihat sangat kuat dan berpengaruh selepas ini jika ia diluluskan. Maka seboleh-bolehnya mereka(kerajaan UmnoBn) cuba melengah-lengahkan!.
Namun walau apa pun, marilah kita berdoa semoga Allah mempercepatkan pula tumbangnya kerajaan UmnoBn yang tamak, rakus, munafik dan penuh dengan kemungkaran itu. Doa rakyat yang dizalimi inshaAllah tuhan kabulkan !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan