Isnin, 21 November 2011

Malaysia unggul,.. juarai bolasepak sukan SEA


Kemuncak kepada sukan SEA ke-26 telah berlalu malam tadi apabila pertandingan akhir  bolasepak menemukan Malaysia Indonesia telah tamat !. Indonesia terus kempunan dan Malaysia berjaya mengekalkan kejuaraan dua kali berturut-turut. Keputusan penuh - Malaysia menang  5-4.

Tahniah dan syabas kepada pasukan bolasepak B23 Malaysia. Tahniah juga kepada jurulatih Ong Kim Swee, pengurus pasukan dan seluruh krew yang terlibat di atas kejayaan mengalahkan Indonesia melalui tendangan penalti 4-3  setelah kedudukan seri 1-1 dalam masa penuh permainan !

Dalam perlawanan akhir malam tadi pemain-pemain Malaysia telah berjaya menenggelamkan sorakan ribuan penonton tuan rumah. Pemain Malaysia dilihat tidak gentar, malah telah berjaya menjadikan ejekan dan cemuhan penonton sebagai pembakar semangat. Semoga kejayaan ini dapat diteruskan dalam pertandingan kelayakan olimpik pula.  Tahniah sekali lagi kepada semua pemain Malaysia.


oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan