Marina Mahathir turut sama bermain najis !
Isunya : “ Program Festival Seksualiti Merdeka 2011”. Menyokong dan mengiktiraf golongan gay, lesbian, homoseks dan membenarkan perlakuan seks bebas adalah sesuatu yang sangat tidak wajar!
Ia merupakan amalan seks songsang yang terkeluar dari norma-norma kehidupan, malah menjijikkan.
Dalam Islam ia sangat bertentangan dengan hukum. Agama lain pun begitu, ia dilihat tidak normal dan berlawanan dengan tatasusila sebagai seorang manusia. Sedarkah Dato’ S.Ambiga (gambar) apa yang telah dia lakukan?. Apa perlunya dia menyokong golongan trersebut? Dah tak ada kerja lagikah?
Sepatutnya fokuslah pada keberhasilan perjuangan “BERSIH 2” atau mengambil langkah-langkah untuk mengatur “BERSIH 3” pula jika perlu. Amat dikesali kerana anda telah membuang masa membuat kerja yang tidak berfaedah !!
Sebagai seorang peguam tidakkah beliau boleh berdiri di atas kaki sendiri? Sebagai ahli sebuah badan yang bernama Majlis Peguam, apakah dia mesti akur dengan setiap keputusan yang dibuat oleh badan yang diwakilinya? walaupun sesuatu keputusan itu bercanggah dengan kebenaran atau kebiasaan? Misalnya, kalau ada satu kumpulan hendak membela hak seorang penjenayah yang telah merompak, merogol dan membunuh mangsanya tanpa niat,… apakah seorang peguam maupun Majlis Peguam wajar menyokong kumpulan tersebut?
Apa yang berlaku sudah pun berlalu!. Ramai yang kecewa dengan tindakan wanita ini kerana beliau pernah berjaya mengetuai himpunan “BERSIH 2” pada 9 Juilai 2011 yang lalu. Mungkinkah selepas ini sokongan terhadapnya akan hilang? Kata orang,.. tersesat dihujung jalan, balik kepangkal jalan. Terserahlah padanya untuk membersih imejnya kembali.
Apa yang dibuat oleh peguam ini walaupun sedikit mengejutkan, tetapi ada lagi yang lebih mengejutkan! Tak sangka! Wanita bernama Marina Mahathir – anak mantan Perdana Menteri juga turut memberi sokongan dalam isu seks bebas ini!. Apakah wajar seorang wanita yang diketahui umum keturunannya beragama Islam menyokong amalan sedemikian? Agaknya ini lah pertanda – Dunia dah nak kiamat !!
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan