Rabu, 30 November 2011

Mazlan Pembohong Besar !!


Ketua Penerangan Umno Dato’ Ahmad Maslan mendakwa orang Melayu akan hilang segala kuasa jika Pakatan Rakyat  memenangi lebih banyak kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

Menurut Maslan lagi orang Melayu akan hilang segala hak dan kuasa mereka sekiranya Pakatan Rakyat memerintah. Kenyataan yang dibuat oleh pemimpin Umno ini sangat melulu, membabi buta dan jauh dari fakta. Ia berunsur  hasutan dan berbau perkauman!  .

Hari ini masyarakat Melayu khasnya dan rakyat Malaysia amnya sudah sedar !!   Kewujudan Pakatan Rakyat ibarat satu keperluan dan kini menjadi satu  realiti.  Ia merupakan sebuah pakatan yang sangat ideal buat masa sekarang dan mungkin juga untuk masa-masa akan datang. 
Sudah terbukti Pakatan Rakyat berjaya mentadbir P.Pinang Kedah Selangor dan Kelantan,  kenapa Dato’ Maslan masih mahu menipu rakyat? Layak benar Dato’ digelar  Pembohong Besar !!

Parti-parti dalam Pakatan Rakyat telah melalui pahit maung di bawah enam perdana menteri. Pengalaman 54 tahun di bawah cengkaman UMNOBN telah banyak mengajar Pakatan Rakyat erti kebebasan dan kebenaran, hak dan kesaksamaan, keadilan dan kezaliman ! Pengalaman buruk dan kotor dari kerajaan UmnoBn telah mengajar Pakatan untuk menjadi yang terbaik !  Rakyat memahaminya dan sentiasa mengharapkan sesuatu yang baru dari sebuah kerajaan yang baru!

Justeru dakwaan Maslan itu adalah jauh dari kebenaran! Maslan khasnya dan Umno amnya sanggup menjadi pembohong besar kepada orang-orang melayu semata-mata mahu meraih undi untuk terus berkuasa.

Wahai Dato’ Ahmad Maslan!  Melayu sekarang bukan jenis Melayu zaman 50an – 80an lagi. Melayu sekarang bukan jenis pak angguk atau Pak Pandir!.  Satu ketika dulu kalau batang pisang diletakkan sebagai calun wakil Rakyat Umno,  bila-bila masa pun boleh menang!  kerana Melayu jenis Pak Pandir akan memangkahnya,  tetapi sekarang tidak!   Mejoriti orang Melayu sudah cerdik, mereka tidak mahu diperbodohkan lagi oleh Melayu bergelar Umno!  Mereka cukup sedar bahawa sekarang adalah masa untuk berubah,  bukan di perlaku seperti kerbau atau lembu - dikongkong dan dicucuk hidung!! .

Oleh : rahimothman

1 ulasan:

  1. apa yang kau cakap ni wak mazlan,kalu kau cakap pada lembu2 kau mereka akan meguak aja...kesian aku tengok kau ni wak,west mangan pontian pasti sokong kebodohan kau tu????

    BalasPadam