Rabu, 30 November 2011

Komen dan ulasan dari kenyataan Muhyiddin

Guna perkataan jihat,.. kut-kut ada barakah !!


Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa ahli-ahli Umno berjihad untuk mempertahankan kuasa orang Melayu dengan mengekalkan kemenangan dalam pilihan raya umum ke-13 yang menurutnya merupakan “ibu segala pilihan raya”.

Menurutnya lagi,..pilihan raya umum kali ini akan menentukan jatuh bangun umat Melayu dan kelangsungan mereka.   

Kepada Tan Sri Muhyiddin,.. Penulis sarankan dua pilihan,…. 1) Ubahlah dasar Umno  dan  kembalilah kepada Islam,  atau 2) Minta saja orang Melayu bacakan Yassin dan atau Talqin buat Umno !!

Di bawah ini petikan kata-kata Muhyiddin,…

“Sesungguhnya, kita sedang berada dalam satu situasi yang amat kritikal. Pilihan raya umum ke-13 adalah ibu segala pilihan raya yang akan menentukan jatuh bangun umat Melayu. Apakah kuasa politik kekal berada di tangan kita?
Umno berada dalam keadaan kritikal memang wajar !  dan  Umno tak perlu dimasukkan ke ICU.  Biarkan dia menghembus nafas terakhirnya dengan tenang !!  Jasa Umno kepada orang Melayu hanya sekelumit !  tetapi Dosa Umno kepada orang Melayu terlalu banyak!  Jangan mimpi Umno  boleh kekalkan kuasa melainkan jika bermain dengan politik kotor !!!

Atau kuasa akan terlepas ke tangan orang lain?”  tanya beliau ketika berucap merasmikan secara serentak Persidangan Tahunan Puteri, Pemuda dan Wanita Umno malam ini.  
Dah terasakah kuasa akan terlepas ? Kalaupun terlepas kuasa ketangan orang lain apa salahnya? Orang lain yang dimaksudkan itu bukan makhluk asing!,  bukan orang luar!, bukan pendatang asing !!  tetapi rakyat Malaysia sendiri !
Jangan bimbang ! Ya, InsyaAllah kuasa akan terlepas kepada Pakatan Rakyat.  Rakyat dah cukup bosan dengan UmnoBn !

Dalam ucapan bertemakan “Menunjangi Survival Bangsa: Suatu Jihad”, Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri bertanya perwakilan ketiga-tiga sayap, “sanggupkah saudara-saudari melihat kuasa politik terlepas dari genggaman kita?”                                                                              Sanggup tak sanggup nak buat macammana. Rakyat yang buat pilihan. Kalau rakyat hendak kerajaan yang baru,.. terima saja lah !! Memilih kerajaan itu bukankah hak rakyat. Rakyat umpama ombak, kerajaan umpama sebuah bahtera. Bahtera mestilah belayar mengikut ombak bukan sebaliknya !

“Sanggupkah kita membenarkan pembangkang menawan Putrajaya? Sanggupkah kita melihat orang Melayu hilang kuasa di bumi sendiri? Jawapannya tentu sekali tidak,” kata beliau.
Orang Umno kata tidak sanggup !, Majoriti Melayu kata,  Melayu tak akan hilang kuasa ! kerana PAS dan PKR masih ada dan lebih dipercayaai !  Majoriti rakyat Malaysia kata lebih baik Umno hilang kuasa daripada GILA KUASA !  Sebenarnya sesiapa pun yang memerintah di Putrajaya bukan persoalan,.. sebab kita semua adalah rakyat Malaysia !

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional ini berkata,.. Umno merupakan parti terasnya. Perjuangan Umno sekarang ialah jihad untuk agama, bangsa dan negara.
Sekarang dah pandai guna perkataan jihat?,.. PAS dah puas menggunakannya!  Tiru PAS lah tu !  Jihat untuk agama bangsa dan Negara konon !  tetapi dalam masa yang sama songlap duit rakyat untuk poket sendiri dan kroni!!

“Jihad untuk keadilan. Jihad untuk pertahan hak. Percayalah, pilihan raya umum nanti mempunyai makna yang cukup dalam kepada kelangsungan kita. Pilihan raya ini adalah medan jihad dan saudara-saudari adalah para mujahid dan mujahidah,” katanya merujuk kepada perwakilan ketiga-tiga sayap itu.
Jihat untuk keadilan ? Kalau sesama Umno pun belum tentu boleh berlaku adil,  mana mungkin boleh beri keadilan untuk orang Melayu !  Jauh sekali kepada bangsa bukan Melayu !!

Oleh : rahimothman


Tiada ulasan:

Catat Ulasan