Berhubung isu projek ternakan lembu fidlot yang diusahakan oleh famili Dato’ Shahrizat Jalil, kerajaan dikatakan telah memberi pinjaman mudah sejumlah RM250 juta.
Pembangkang telah membangkitkan isu ini kerana mendakwa berlaku penyelewengan, PM Najib dan Noh Omar dalam penjelasannya dilihat cuba mempertahan pengusaha, tetapi masing-masing membuat kenyataan yang tidak selari seolah-olah cuba menyembunyikan sesuatu. Mustahil bangkai gajah boleh ditutup degan nyiru !!
Apa pula kata Dato’ Saharizat sendiri? Beranikah beliau menjelaskan sesuatu/? Anak jantan atau anak betinakah beliau ? Berilah jawapan di parlimen secara berfakta, bukan membuat penafian yang kosong.
Wang RM250 juta terlalu besar jumlahnya! ,.Kalau kerajaan tak dapat pulangan, sebaliknya kroni yang mendapat untung segera atau wang panas, bolehkah rakyat berdiam diri? Kalau RM250 ringgit disubsidikan kepada setiap keluarga miskin pasti rakyat akan merasa lega dan tidur lena. Tetapi andaikata wang sejumlah itu benar-benar diselewengkan, kerajaan jangan marah kalau rakyat bangun memprotes !!
Wang berjuta-juta kononnya dilabur untuk berniaga, rupa-rupanya berniaga buluh kasap – pangkal hilang, hujung lesap !! Rakyat perlu tahu apa sebenarnya yang telah berlaku. Memang dengan RM 250 juta itu siapa-siapa pun boleh mengambil keuntungan atas angin!! Tak kira sama ada dia Pak menteri ke, Mak menteri ke atau anak menteri, siapa-siapa pun boleh melakukannya.
Kalau benar suami dan anak-anak Dato’Shahrizat adalah pemilik atau pengusaha projek itu alangkah mudahnya seorang menteri nak jadi kaya! Ketidakadilan dan ketidakterbukaan dalam memberi projek sudah dapat dilihat awal-awal lagi. Disitu juga sudah berlaku bias dan penyelewengan. Maka apa peliknya kalau penyelewengan berlaku selepas itu? Ayuh, Dato’Shahrizat! Anda berani tegakkan kebenaran? atau mahu menegak benang basah ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan