Jumaat, 8 April 2011

HANTU SPRM MUNCUL LAGI!! Hati-hati ! pembunuh mistri!


Mustahil, pegawai Kastam ini membunuh diri. Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham.   Apa-apa pun PDRM disaran buat penyiasatan menyeluruh dan berani.   Siasat keakar umbi hingga kelubang cacing!

Ahmad Sarbani Mohamed 56, seorang pegawai Kastam (penolong pengarah) di jumpai mati dalam keadaan berunifom di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane Kuala Lumpur pagi tadi.

Sama ada beliau kemalangan, bunuh diri atau dibunuh ia memerlukan siasatan yang rapi dan menyeluruh!
Tetapi agak meragukan!,.. terlalu awal pihak PDRM membuat kenyataan bahawa kes ini sebagai mati mengejut!!  dan sangat tidak adil ada pihak beranggapan pegawai kastam ini membunuh diri! . 


Kalau polis boleh meramal dengan begitu cepat, orang ramai juga berhak berbuat demikian!.. Tidak mustahil Allahyarham mati kerana dikhianati!! Pasti ada rahsia disebalik kematiannya! Sebagai seorang Islam, berumur 56 tahun, rasanya sudah cukup matang dan dewasa!  apa lagi beliau memegang jawatan pegawai !  Kehadirannya ke Pejabat SPRM sudah tentu menggambarkan beliau seorang yang bertanggung jawab!  Maka amatlah menghairankan! Takkan semudah itu beliau yang sudah berkeluarga, ada isteri dan tanggungan tergamak membunuh diri!!,.. Mustahil !

Ini ialah kes ke-2. Kes pertama melibatkan Teoh Beng Hock – juga mati terbunuh dibangunan SPRM.  Hari ini kematian Ahmad Sarbani di  pejabat SPRM sekali lagi menimbulkan seribu pertanyaan! , SPRM mesti dipertanggung jawabkan dan jangan memberi berbagai alasan!

PERINGATAN BUAT RAKYAT MALAYSIA – Sama ada anda seorang yang bersalah atau pun tidak,  sama ada anda dipanggil untuk menjadi saksi kes  atau saja-saja gatal kaki hendak melawat pejabat SPRM, harap-harap janganlah! .Berfikirlah sepuluh kali sebelum buat keputusan kerana di sana ada pembunuh mistri!  SPRM dah tak selamat untuk orang awam!

Mengapa pembunuhan mistri itu boleh berlaku, hanya SPRM, Kastam dan PDRM saja yang boleh menjawabnya!  Tak mustahil,  ada sesuatu yang hendak disembunyi atau diselamatkan oleh pihak-pihak yang berkenaan!!                                                                                     

Mahukah PDRM membuat siasatan secara telus dan bersungguh-sungguh?. Susah! ! selagi Najib masih berkuasa, Hishamudin masih berkuku! Janganlah harap!.  Lihat sajalah kes Teoh Beng Hock !  bagaimana?? Amat mengecewakan!  Keluarga Teoh Beng Hock terus hampa dan  kempunan. Hak untuk mendapatkan pembelaan dan keadilan,  bagai menanti buah yang tak gugur!!
Selepas ini siapa agaknya menjadi mangsa ketiga?  Mungkinkah seorang berbangsa India?  Kita tunggu dan lihat sambil mendoakan semoga Allah sentiasa melindungi hamba-hambanya.  

Oleh : rahimothman



KENAPA KECOH SANGAT PASAL JAM OMEGA??

Para wartawan nampaknya ghairah sangat bertanya Wan Azizah tentang jam Omega. Wan Azizah semasa menjawab soalan wartawan memang ada menyebut yang jam tangan jenama omega ada dirumahnya! 

Maka bertalu-talulah mereka bertanya,.. Betulkah jam itu ada?!. Kenapa tak cakap awal-awal?  Kenapa tak tunjuk pada kami? Kenapa tak serah pada Polis? dan macam-macam lagi!  Lagak mereka dah macam penyiasat pula!  Malah berlagak lebih hebat dari  seorang peguam pendakwa!!.  Soalan-soalan mereka seolah-olah mahu memerangkap dan menekan pemimpin PKR itu!  Begitulah bersemangatnya mereka bekerja untuk UMNO!!


Dalam berita tv3 suku malam kelmarin beberapa pemimpin dan penyokong Umno juga sibuk memberi ulasan tentang jam omega. Ayam sabung patah kaki milik Najib,  Zaharin dan Zul Kulim seperti diduga telah mengambil peluang memberi komen dengan panjang lebar tentang jam omega yang tak bernyawa dan tak boleh menjadi saksi itu.

Kisahnya sekarang ni macam dah lari dari tajuk utama! Wartawan tak sibuk pula nak tanya kenapa pelakun mirip muka Anuar tidak disiasat? Kenapa pemilik video lucah tidak dibongkar!  Kenapa  tukang tayang video lucah terlepas bebas?  Perkara itu yang sepatutnya yang menjadi persoalan! Bukan terlalu ghairah bertanya pasal jam Omega!! Kenapa cerita jam tangan yang hendak dipanas dan disensasikan? Begitulah rendahnya standard pemikiran wartawan Utusan Meloya & Berita Hairan dan pemimpin Umno.

Berbalik kepada teraju utama kes video lucah dan jam Omega! Iaitu Dato’ Tipu  jantan sial keturunan Siam itu.  Beliau mendakwa dia sendiri mengambil jam milik  Anuar dari sebuah hotel !.  Kununnya Anuar yang mengarahkannya. Empat soalan penting Dato’ Tipu kena jawab!
 1.Sejak bila pula Anuar berkawan dengan orang jahat seperti kamu.
 2.Kalau kamu kawan baik Anuar, kenapa kamu mengkhianatinya?
 3.Kamu kata, kamu ada dalam video itu! Bukan itu telah mengesahkan bahawa kamu bersubahat?, kamu berniat jahat terhadap Anuar?
 4. Kamu kata kamu dah pergi haji. Haji apa yang kamu dapat kalau beginilah perangai kamu?  

Wahai Dato’ Tipu. Perancangan kamu untuk berbohong dan membuat fitnah nampak benar macam cerita katun!  bodoh, janggal dan tidak lojik!

Kamu tunggulah tindakan dari mahkamah syariah sedikit masa lagi. Kamu bertiga perlu menjadi saksi di atas tuduhan zina kamu terhadap Anuar. Mengikut hukum, penuduh mesti ada empat orang saksi. Kamu kurang satu orang saksi!  Tapi jangan risau!. Najib boleh jadi saksi keempat!.  ATAU susah-susah sangat, ambil saja jam omega menjadi saksi!!

Oleh : rahimothman  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan