Jumaat, 8 April 2011

KENYATAAN NAZRI KETERLALUAN !!


Nazri kata,  Azizah tak layak menentukan lelaki dalam video itu Anuar atau bukan. Azizah bukan pakar,.. katanya!

Itu pendapat bodoh seorang menteri.  Mustahil seorang isteri yang telah hidup bersama lebih dari 30 tahun tak mengenali diri suaminya.
Boleh jadi bab cam mengecam wajah dalam gambar ni, Nazri agak gementar !.. Takut barangkali!!.

Sebab itu wajah dalam gambar di atas yang tersebar luas dalam blog,  beliau tak ambil kisah. Dia buat macam tak kenal je!  Nak kata dia rabun, cekap pulak dalam hal teropong-meneropong! Terang matanya !  sampai dia sering nampak Anuar tidak bermoral!.  Tetapi sedarkah dia,moral darah dagingnya sendiri jauh terpesong?(Lihat gambar)
Berbalik kepada kenyataan Azizah yang menegaskan bahawa lelaki dalam video itu bukan suaminya. Kenapa Nazri sakit hati sangat dengan kenyataan Azizah? Nazri seolah-olah mengajak orang ramai sependapat dengannya dimana siisteri (Azizah) tak berhak dan tak mampu mengecam wajah sisuami (Anuar), melainkan seorang pakar!  Hoi, Nazri !, sis-sialah hidup sebagai suami isteri jika tak boleh mengenal wajah masing-masing.  Apa!,  sepanjang-panjang waktu kamu buat kerja dalam gelap ke?

Aku nak tanya Nazri…..  Katakan lah wanita dalam video itu sebijik menyerupai  isteri kamu ! padahal hakikatnya itu bukan isteri kamu!  kerana kamu amat mengenalinya!   Bagaimana?,  Sanggupkah kamu (Nazri)  mendengar orang berkata kamu tak mampu mengecam wajah isteri kamu sendiri dan kamu tak berhak membuat pengecaman?   

 

Wahai menteri yang bengap!  tolong jawab. Jangan bercakap ikut  sedap mulut je! . Baru-baru ni kamu ada membuat kenyataan bahawa  ketiga-tiga Dato’ T tak bersalah dan mereka diklasifikasikan sebagai saksi yang boleh di lindungi oleh undang-undang! . Kemudian kamu buat  “u turn”, meminta maaf dan menarik balik kenyataan yang telah kamu buat!

Sama lah dalam isu Azizah mempertahankan suaminya! dan haknya sendiri sebagai seorang isteri!.  Beliau berhak berhak bersuara!.  Kenapa kamu memperlekeh dan menafikannya? Dan sanggupkah kamu meminta maaf kepada Azizah di atas keceluparan dan keterlanjuran kamu?. Hati kecilku berkata,.. tak mungkin!  sebab ego kamu terlalu tinggi!


Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan