Rabu, 13 April 2011

PAKATAN RAKYAT MAHU DASAR YANG BARU!!


Tugas BN,.. baikilah labu yang rosak,.. bukan PR

TPM Tan Sri Muhyidin Yasin berkata dalam ceramahnya  di Sarawak baru-baru ini, kalau Pakatan Rakyat memerintah Malaysia ia ibarat tikus membaiki labu !, habis rosak semua!, punah !…. katanya                                             ( Dia tak sedar dasar BN sekarang memang dah punah teruk pun !  hasil tangan pemimpin mereka sendiri)

Kita nak tanya Muhyiddin!,   Siapa yang nak membaiki labu tu? BN ke PR ?   Apakah jadahnya PR nak membaiki labu yang kalian dah kencing?

Pakatan Rakyat memang tak terliur pun nak baiki labu itu. Buat apa nak membaiki  labu yang dak rosak teruk, dah lungai!,  dah lembik macam nangka busuk !!!!. 

Wahai Tan Sri Muhyidin!!  Teruskanlah dasar-dasar kamu yang sentiasa bias, tak bernilai dan tak relevan lagi  itu!  Rakyat sudah cukup serik dan loya dengan dasar-dasar busuk BN selama ini. Rakyat amat benci dengan amalan perkauman UmnoBn.

Andainya PR memerintah,!  rakyat Malaysia akan menikmati  corak pemerintahan yang lebih adil dan saksama.  Jauh lebih baik,  dinamik  dan efisyen.  Waktu itu nanti,  BN pasti melihatnya dengan rasa kagum,  tetapi penuh rasa cemburu !!
Percayalah!,..  Selagi ada yang lama tentu ada yang baru. Lain hulu lain parang,  lain dulu lain sekarang.  Masa saja yang akan menentukan! Sama-sama kita tunggu!

Oleh : rahimothman


Tiada ulasan:

Catat Ulasan