Jumaat, 15 April 2011

NAJIB MENEGAK BENANG BASAH ! HUJAH MELESIT !


Hujah pembangkang tepat dan terbukti !

Dalam kempen pilihanraya negeri Sarawak kelmarin Najib yang juga Pengerusi BN membidas janji pembangkang yang menamakan calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ba'Kelalan, Baru Bian sebagai Ketua Menteri yang baru sekiranya Pakatan Rakyat menang pada pilihan raya negeri

Menurut Najib keputusan meletakkan calun yang tidak mempunyai pengalaman untuk mentadbir kerajaan negeri pasti akan  memberi kesan buruk kepada seluruh rakyat Sarawak.


Kata Najib - "Kalau letak Baru Bian, dari mana nak dapatkan sumbangan nak majukan Sarawak. Orang yang tak ada pengalaman tiba-tiba nak nak letak sebagai Ketua Menteri, logik atau tidak? Tak logik.
Rakyat jawab, - lojik !!   Najib jangan buat-buat tak tahu, jangan mengajak rakyat menjadi buta macam dia...  Lim Guan Eng pun tak ada pengalaman,  tetapi telah terbukti Lim Guan Eng telah menjadi Ketua Menteri yang paling berjaya mentadbir Pulau Pinang. Begitu juga di Selangor.! Tan Sri Khalid Ibrahim mana ada pengalaman politik!,  tetapi kenapa beliau telah berjaya menjadi Menteri Besar yang terbaik?  Khalid Ibrahim yang ziro dalam politik telah berjaya memacu ekonomi negeri Selangor dengan begitu cemerlang !!..   Hujah Najib untuk menafikan ternyata melesit!

Kata Najib - "Akibatnya Sarawak tidak akan maju sekiranya pembangkang menang, jadi rakyat Sarawak tak boleh bagi pembangkang menang," katanya.
Kenapa pula tak boleh bagi pembangkang menang?  Bukankah mereka (Pakatan Rakyat) pernah menang dan telah membuktikan keupayaan mentadbir 4 buah negeri di Semenanjung?.  Lagi sekali penafian Najib amat melesit!

Kata Najib -  “Rakyat Sarawak dinasihatkan supaya tidak mudah termakan dengan janji-janji pembangkang yang dibuat sekadar meraih undi.”
Najib cuba memutar belit !!  apa yang nyata sekarang ni,  rakyat Sarawak sudah merana sekian lama, sejak diperintah BN.  Rakyat Sarawak masih miskin dan jauh dari menikmati kemajuan sebagaimana di Semenanjung! !  Semuanya gara-gara termakan janji BN. Siapa yang menabur janji dan tak tertunai sebenarnya!  Takkan  rakyat masih tak insaf?  Masih nak percaya lagi dengan janji-janji manis BN?

"Kalau nak majukan Sarawak, kita kena berpijak di bumi yang nyata, kita tak boleh hanya jual janji atau hanya perdagangkan janji... ini sikap pembangkang," katanya.
Sikap pembangkang atau sikap BN sendiri?  Siapa yang jual janji? BN ke PR?.... Najib kata.  “Kalau nak majukan Sarawak,..........”           Mengikut ungkapan yang terkeluar dari mulut Najib ini,  sah!!  ia bermaksud  Sarawak belum maju !! Kenapa belum maju?  Sebab !  Taib Mahmud sibuk mengumpul kekayaan untuk diri dan keluarga. Jadi yang berjanji ialah BN,  yang perdagangkan janji siapa lagi,  kalau bukan Tok Uban @ Taib Mahmud!!

Oleh : rahimothman


Tiada ulasan:

Catat Ulasan