Sabtu, 30 April 2011

Peristiwa sumbang semasa angkat sumpah


*1. Air muka ketiga-tiga dato’ T nampak tak selesa.  Macam segan-segan dan malu pun ada. Apa-apa pun mereka cuba berlagak berani macam orang pandai agama.

*2. Dato’ Eskay ditegur kerana memegang Qur’an terbalik. Selepas ditegur cepat-cepat beliau membetulkan kedudukan Quran itu dan kemudian buat muka selamba.

*3. Dato’ Eskay membaca Bismillah…… tak fasih,.  malah kedengaran janggal (contoh Rhokhim disebut Rahim)

*4. Dato’ Eskay mengucap dia kalimah syahadah juga tidak fasih. Kedengaran macam orang keras lidah. Lebih tepat macam seorang Muaallaf baru masuk Islam.

*5. Tan Sri Rahim Tamby Chik memaklumkan bahawa sumpah untuk beliau dan Dato’ Shuib Lazim telah diwakilkan kepada Dato’ Eskay. Tetapi yang peliknya Eskay tidak pun menyebut perkataan KAMI dalam sumpah itu !!   Dan juga menimbulkan tanda Tanya,.. Sejak bila sumpah boleh di wakil-wakilkan?? Inilah yang dikatakan Malaysia boleh!!  UMNO boleh !  semua boleh!!.

Tentang Dato’ Eskay - Sebelum ini beliau telah berbohong tentang cerita sebenar kewujudan video seks,  yang kununnya melibatkan DS Anuar. Kenyataan-kenyataan beliau adalah seperti berikut;…

1.    Beliau disuruh oleh Anuar mengambil jam tangan yang tertinggal di hotel, lalu beliau ternampak cable video cctv. Setelah diperiksa terjumpalah kamera video lucah berkenaan.
2.    Beliau mengaku gambar beliau ada dalam rakaman itu dan dalam masa yang sama mengaku terlibat dengan video lucah itu.
3.    Beliau mengaku rakaman tulin video lucah itu dimiliki oleh beliau seorang saja, tetapi dengan tersebar luasnya video itu di internet,.. sahlah beliau telah menipu semua orang, termasuk polis.

Tentang ikrar sumpah yang hendak dilakukan oleh Dato’ T,,… Walaupun sudah diberi nasihat  bahawa sumpah yang nak dibuat hari ini tidak mengikut syariat Islam, dan juga penjelasan yang panjang lebar oleh seseorang tentang syarat-syarat sah sumpah!  Orang-orang yang berhak bersumpah, Kesan atau akibat dari perbuatan bersumpah,  Menuduh orang berzina tanpa mengemukakan empat orang saksi, si penuduh boleh dihukum sebat 80 kali,.. nampaknya Dato’ T  tetap mahu meneruskan niatnya untuk bersumpah.

Boleh percayakah sumpah orang macam ini? Kita yang Allah beri otak dan akal fikiran tentu boleh berfikir!!   Orang tak mahu berfikir setaraflah darjatnya dengan haiwan!!

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan