Selasa, 19 April 2011

SETELAH SELESAI PILIHANRAYA SARAWAK,….


Sebelum selesai pilihanraya Sarawak pihak polis dan akhbar-akhbar  utama banyak bersandiwara ketika membuat kenyataan dan laporan akhbar . 
Sebaik saja selesai pilihanraya waah! bukan main lagi... Seolah-olah pihak polis baru dibenarkan oleh bosnya (Umno) untuk membuat kenyataan yang lebih tepat dan jujur, yakni tidak bersifat pro Umno. Pihak akhbar juga seolah-olah  baru tahu cara menulis tajuk dan laporan akhbar dengan betul dan wajar.

Maka keluar kenyataan akhbar yang berbunyi ,…
“Tiga  dalang (Dato’ T) yang terlibat dengan penayangan video lucah akan didakwa.
 Siapa pemilik jam omega tak penting!!    Pihak polis juga tidak boleh memaksa Syarikat pengeluar jam memberikan nama pembeli/ pemilik jam ”
Kenyataan begini sepatutnya sudah lama keluar diakhbar !! bukan sekarang !

Seluruh rakyat tahu, bahawa pihak polis dan akhbar memang bijak bersandiwara!  kerana sudah dilatih dan diajar oleh tuan mereka UMNO. Tetapi rakyat, walaupun cuba ditipu mereka  boleh berfikir !! … antara DS Anuar,  Dato’ T  dan jam Omega,  siapa yang jahat! Siapa yang baik dan siapa yang benar!!  Terbukti jam Omega dan DS Anuar tak buat apa-apa kesalahan pun. Padan muka Dato’T!   padan muka Najib dan pemimpin Umno. Lakunan kalian  tak menjadi,  perangkap kalian telah menjerut leher sendiri!!

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan