Rabu, 6 April 2011

UMNO TAK ADA KEMALUAN!!?


Umno dah hilang kemaluan? Atau memang tak ada kemaluan?

Tindakan Umno selama ini kepada bangsa Melayu khasnya parti pembangkang PAS dan PKR ternyata amat melampaui batas. Umno sanggup melakukan perkara yang diluar norma-norma kehidupan, bahkan melanggari perintah agama pun telah menjadi kebiasaan bagi mereka!. Sultan tak berani tegur dan mufti juga sama, 2x5.


Menggadai maruah bangsa sendiri, berbohong dan membuat fitnah sudah menjadi makanan harian mereka. Umno sepatutnya malu kepada diri sendiri dan malu kepada bangsa lain. Tetapi Umno tetap berdegil!  Malah semakin tamak dan rakus mempertahankan kuasa yang hampir terlepas!.

Satu demi satu keburukan Umno terdedah, namun mereka sedikitpun tidak rasa menyesal atau rasa bersalah.  Rasa malu?,…. Jauh sekali!  Semua ini disebabkan pemimpin Umno termasuk Najib sudah hilang kemaluan. Kalau tidak takkan mereka sanggup menaja dan menjaja dua kes tuduhan liwat terhadap rakan sebangsa dan seagamanya.  Dan terbaru kes video seks lucah yang mana seluruh masyarakat dunia telah mengetahui dan menontonnya! . Sekali lagi Malaysia diketawakan!

Sampai bila Umno nak berubah?  Jawabnya,.. Umno susah nak berubah!. Tabiat buruk mereka sudah menjadi kematu dan sebati di dalam diri. Ada banyak sebab mengapa Umno menjadi buta mata dan buta hati,…Mereka tak menghayati rukun Islam dan rukun Iman. Mereka tak yakin kepada Islam, mereka tak yakin bahawa Allah itu maha mengetahui dan maha berkuasa! …  Habis apa yang mereka yakin?   Ini dia,…..

1.      Mereka yakin bumi Malaysia ini hanya milik mereka (Umno).                                                        2.   Mereka yakin kuasa yang ada di tangan mereka adalah milik mutlak mereka! 
3.     Mereka terlebih yakin bahawa hanya Umno sahaja yang layak memerintah
4.     Mereka yakin wang boleh membeli segala-galanya termasuk perempuan, harta dan kuasa..
5.     Mereka yakin semua rezeki di bumi Malaysia ini datangnya dari UMNOBN, bukan Allah.
6.     Mereka yakin untuk menang pilihanraya cerita fitnah wajib disebarkan kepada rakyat.
7.     Mereka juga yakin untuk menang pilihanraya maruah agama Islam tak salah jika digadaikan
8.     Mereka yakin membuat fitnah dan memalukan sesama insan tak salah sebab ia bukan jenayah.
9.     Mereka yakin mengumpul harta melalui rasuah tak salah, asalkan tidak mencuri atau menipu.
10.   Mereka yakin dan percaya, mahkamah civil lebih baik dari mahkamah syariah
11.   Mereka yakin dan percaya bangsa Melayu bangsa yang terunggul dan termulia di Malaysia.

Oleh : rahimothman



Tiada ulasan:

Catat Ulasan