Berita ini mungkin mengemparkan tapi tidak mengejutkan!!
Seperti biasa! bila pilihanraya, apa-apa pun boleh berlaku. Kalau kerjasama dengan RPK bernilai 10 juta, itu bukan masaalah bagi UMNO,…. Apa mereka peduli! Itu bukan duit poket mereka !,… duit rakyat!
Dalam saat-saat nak pilihanraya ini macam-macam benda boleh berlaku. UMNOBN sentiasa memerah otak untuk berbuat sesuatu yang boleh melemahkan pembangkang!. lebih-lebih lagi untuk menghadapi pilihanraya negeri Sarawak dan PRU ke-13 yang kian hampir!!. Dah bermacam-macam mereka buat! tapi BN masih semput. Dubur si Saiful tak mungkin lagi boleh menjadi talian hayat UMNOBN !!
Sebelum ini mereka lontarkan isu video lucah kununnya melibatkan DS Anuar, kemudian mereka sebarkan komek lucah yang kandungan juga melibatkan DS Anuar. Semua kerja kotor ini sudah jadi mainan dan makanan UMNO !
Terbaru, semalam TV3 suku yang menjadi barua UMNO, bersusah payah menghambat RPK, individu yang selama ini dianggap pro pembangkang semata-mata untuk mendapatkan temubual eksklusif. Pertemuan dengan Raja Petra Kamarudin itu khabarnya berlaku di Perth Australia. Yang peliknya polis Malaysia beria-ia mencari dan memburu RPK namun tak juga dapat-dapat!!. Tiba-tiba TV3 suku mudah begitu mudah pula dapat menemuinya ! Apa rahsianya ya? Hebat sungguh TV3 suku kita!! Maka berceritalah RPK kepada TV3 suku itu ,.. bla! bla ! bla! ,……….
Persoalan pokoknya,.. beliau menjelaskan yang beliau tidak pernah menuduh Najib dan Rosmah terlibat dengan pembunuhan Altantuya! Yang merancang dan menyuruh beliau menuduh Najib Rosmah terlibat dengan pembunuhan itu ialah orang lain. Ini termasuklah TR Hamzah dan rakan-rakan serta Anuar dan rakan-rakan!!..... Hish! pelik! lagi menghairankan !!
Entahlah akupun tak pasti dan bercampor keliru! Betul kah RPK buat kenyataan itu?, Rela dan ikhlaskah dia? Kenapa begitu mudah pendiriannya boleh bertukar? ATAU apakah kenyataan dan temubual RPK itu bernilai jutaan ringgit? Dengan bahasa mudahnya RPK sudah dibeli oleh UMNO?
Setelah Umno membelinya, maka akan dijajalah cerita ini di Sarawak. Yang penting Najib mesti dibantu, imejnya mesti dibersihkan! Dan yang lebih penting BN mesti menang! Inilah strategi UMNO nak menang pilihanraya. Anuar mesti dicop sebagai jahat dan penipu.
Sedarlah rakyat Malaysia ! Selepas ini bertalu-talulah rakaman temubual eksklusif ini disiarkan di TV dan akhbar. Dan hari-hari juga akhbar akan bercerita!! Kita pasti akan mual ! Jadi, jangan lupa, sediakan plastik besar tempat membuang muntah!!
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan