Khamis, 21 April 2011

MURID OBESITI BUKAN KERANA NASI LEMAK KANTIN.
(Sila rujuk - http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=579997)

Tidak wajar seorang menteri, membuat kenyataan yang kurang tepat,  dimana murid menjadi gemuk disebabkan nasi lemak yang dijual di kantin sekolah!.  Maka menteri berkenaan menyarankan agar pengusaha kantin dilarang menjual nasi lemak!!  Lucu! lagi melucukan!!

Setelah lebih 50 tahun negara kita merdeka dan setelah 50 tahun juga pengusaha-pengusaha kantin beroperasi di sekolah, baru sekarang kedengaran suara yang agak sumbang ini.

Menteri kesihatan, Dato’ Seri Liow Tiong Lai mendakwa pengusaha kantin menjual makanan
yang  mengandungi gula, garam dan lemak berlebihan yang menyumbang kepada masaalah obesiti dikalangan pelajar. Betulkah begitu?  Takkan lah mereka menggunakan bahan-bahan tersebut secara berlebihan. Mustahil !  bahan itu bukan dapat percuma,  mahal pulak tu! Kalau nak kata bahan –bahan itu kurang dalam masakan yang disediakan mungkin betul! dan ada lojiknya!   Sebab? pengusaha tentu nak jimat kos!,,  gula mahal, santan kelapa mahal!

Dan mengikut pengalaman penulis, kebanyakan kantin sekolah menjual nasi lemak yang tak lemak, atau sangat kurang lemaknya!  Sambal bilisnya entah kemana! Telur rebusnya kekadang ada, kekadang tiada! Yang lebihnya bawang!!   Tetapi pelajar sekolah tak ada pilihan, mahu tak mahu terpaksa telan!  Sepatutnya kualiti nasi lemak itu yang jadi isu!  bukan isu obesiti,  bukan isu nak larang jual nasi lemak di kantin!!
,
Janganlah  isu yang tak sepatutnya menjadi isu ini diperbesarkan!. Kepada Pak Menteri janganlah bercakap dengan sewenang-wenang. Jangan nanti pengusaha kantin yang menjadi mangsa kerugian,  apabila makanan tradisi yang telah menjadi kelaziman,  dan menjadi kegemaran ramai tak boleh dijual lagi! Tidakkah terfikir bagaimana nak menyekat penjaja-penjaja bebas yang bermaharajalela diluar pagar sekolah?  Kalau nak dikira risiko dari bahan-gahan jualan mereka lagi dasyat!!

Berbalik kepada isu obesiti ini. Adakah Kementerian pelajaran atau kementerian kesihatan sudah membuat  kajian?. Berapa peratus keseluruhan pelajar di Malaysia menghadapi masaalah obesiti?
Berapa peratus pelajar obesiti dari setiap sekolah dan berapa peratus pula dari setiap kelas?  Rasanya mengikut pengalaman penulis, setiap kelas yang mempunyai  30 orang,  murid yang obesiti purata 2 orang saja.  Bermakna disekitar 6.6%  dan ini bukanlah paras yang membimbangkan.

Kesimpulannya,  masalah anak-anak atau pelajar sekolah yang menghadapi masaalah obesiti ini sebenarnya bermula dari rumah dan persekitaran,  bukan berpunca dari kantin sekolah!! 

Semenjak anak-anak ini lahir lagi mereka sentiasa di dalam jagaan dan pemerhatian ibubapa atau keluarga mereka. Makan minum mereka seharusnya dalam pengetahuan ibubapa Apabila kanak-kanak  ini masuk saja ke darjah satu atau pra sekolah, fizikal mereka sudah pun dapat dilihat sama ada mereka berbadan normal atau berpotensi untuk menjadi pelajar yang obesiti (gemuk). Realitinya masaalah obesiti ini memang dibawa dari rumah. Silapnya tentulah dari ibubapa sendiri!,  Kenapa pula pihak sekolah atau kantin sekolah yang hendak dikambinghitamkan? Kenapa pula rezeki pengusaha kantin hendak disekat?

Nasi lemak sudah menjadi makanan tradisi masyarakat Malaysia khasnya Melayu.  Makan nasi lemak memang mengenyangkan!  cuma si pemakannya yang harus mengawal diri, terserah pada diri masing-masing!  Sebahagian besar pelajar sudah mampu berfikir. Bagi pelajar ditahap satu ibubapalah yang berperanan mendidik mereka mengamalkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang!

Oleh : rahimothman

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan