Isnin, 11 April 2011

RESTORAN TEMERLOH CEKIK DARAH !!


Hati-hati jika singgah makan di RestoranTemerloh!

Sekumpulan 50 orang pelanggan yang menikmati hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di Temerloh, terperanjat besar apabila mereka dikenakan bayaran RM13,000.
Bermakna , setiap satu kepala dikenakan bayaran RM260.


Ini melebihi kebiasaan makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur.
Memang diketahui umum,  ikan patin sungai lebih mahal!  Tetapi janganlah mengambil kesempatan dengan meletakkan harga yang melampau!!  dan tidak berpatutan!  Sekali mereka terkena, pasti mereka rasa tertipu  dan serik untuk datang lagi. Adat orang berniaga biasalah !,..untuk mendapat untung jangka panjang, untung yang memberi barakah!,   bukan untung jangka pendik. Fikir-fikirkan lah!,.. nak berniaga lama atau nak berniaga sekejap!!

Dan satu lagi persoalan !,… adakah tuan Restoran ini meletakkan tanda harga bagi setiap hidangannya? Patin sungai sekian harga,.. patin kolam sekian harga,..  patin sangkar sekian harga.

Jika ada senarai harga sudah tentu menyenangkan kedua-dua pihak, pelanggan dan penjual! Pelanggan boleh memilih untuk makan yang ikan mahal atau yang kurang mahal!   atau ikan paling murah dan mereka akan beredar selepas makan tanpa membawa perasaan tak puas hati atau rasa tertipu!   Peniaga juga tidak dituduh sengaja memasang perangkap!!

Kepada para pengusaha kedai makan,…berniagalah dengan ikhlas untuk mendapatkan rezeki yang halal!. Janganlah mengambil kesempatan ke atas pelanggan terutama kepada musafir yang singgah di Restoran anda!!

Oleh : rahimothman


Sila baca artikel berkenaan di
http://www.malaysiakini.com/news/161232
Pelanggan tergamam hidangan patin RM13,000

Tiada ulasan:

Catat Ulasan