Sabtu, 16 April 2011

Taatnya PDRM kepada UMNOBN


Tak tahulah apa nak jadi dengan PDRM !. Sikap, pendirian dan tindakan mereka akhir-akhir ini sudah jadi cacamarba!  

Kadang-kadang kelihatan macam ikan kena tuba!!, hilang haluan!, Kadang-kadang bertindak kalut tak menentu!  Tugas polis menangkap penjenayah, bukan melindungi penjenayah!.  Terbaru,  isu video seks lucah, dimana sikap dan pendirian polis seolah-olah nak mengeliru dan memperbodohkan rakyat!

Sepatutnya pihak polis bertindak secara propersional tegas dan tepat, bukan berselindung dibalik telunjuk Datuk T atau mana pemimpin UMNO!  

Malangnya rakyat Malaysia,  kerana mempunyai polis yang sentiasa dicucuk hidung!  UMNOBN kata bergerak kekiri,  kekirilah mereka, UMNOBN kata bergerak kekanan, kekananlah mereka!  UMNO kata terjun kelongkang, maka terjunlah mereka. Dah tak tahu mengenal antara yang wajib dan yang sunat, antara yang halal dan yang haram!!  Antara yang benar dengan yang salah! Antara perkara yang perlu diberi keutamaan dan perkara yang perlu dikemudiankan!!

Kenapa sekarang ni PDRM sibuk sangat nak siasat identiti pelakun video lucah! Dan tak kurang sibuknya juga nak menyiasat siapa pemilik jam tangan Omega ! Orang ramai tertanya-tanya, kenapa Datuk2 T tidak didakwa atas kesalahan menayangkan video lucah kepada orang awam? Bukankah menangkap dalang video lucah lebih penting dari mengenali siapa pelakun dan siapa pemilik jam?

KES PEMBUNUHAN ALTANTUYA
Kalau nak dikira,  terlalu banyak perkara yang lebih penting dan mendesak!  Terlalu banyak masaalah-masaalah utama yang perlu diselesaikan dahulu!  Diantaranya!,. Bukankah lebih baik polis menyiasat siapa yang arahkan Sirul dan Azilah (UTK Najib) membunuh Altantunya Shariibuu tanpa motif.   Sampai ke hari ini jawapannya belum ada dan rakyat masih tertanya-tanya!   Sirul dan Azilah hanya bersalah membunuh, tapi atas arahan siapa mereka membunuh!,  hingga kini masih dirahsiakan.

Polis semestinya perlu membebaskan diri mereka dari kekangan politik jika ingin maju dan dihormati.. Jika tidak,  sampai bila pun PDRM akan dianggap seperti robot yang langsung tidak mempunyai perasaan. . Wahai seluruh anggota polis! Insaflah !  Pulanglah kepada kebenaran. Hidup ini adalah jalan menuju kematian! , menuju alam kubur!,  menuju alam mahshar!!  Menuju distinasi yang hakiki, iaitu alam syurga dan alam neraka !. bukan mati katak !!

Jadi bekerjalah dengan jujur amanah dan berintegriti.  Allah maha mengetahui, maha mendengar dan maha melihat!!. Mudah-mudahan Allah menyelamat dan memberkati hidup kita didunia dan akhirat !!  KEMBALIKANLAH  KEPERCAYAAN RAKYAT KEPADA PDRM!.

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan