UMNO sangat berpuas hati - Video seks terus disebar,
Khabarnya video seks fitnah yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditayangkan secara meluas di kursus Biro Tata Negara dan di pejabat Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), kata Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Mansor Othman. (sila rujuk - http://karatijau.blogspot.com/
Nampak benar Datuk T dan Tan Sri Rahim Thamby Chik bekas Ketua Menteri Melaka bercakap bohong! Kedua-duanya penipu besar! Mana jaminan mereka bahawa video itu tidak terlepas ketangan orang ramai demi memastikan keadilan untuk semua pihak?. Bersungguh-sungguh mereka mahu video itu ditonton kepada orang ramai.agar DS Anuar mendapat malu!..
Tetapi soalnya kalau Anuar sendiri sudah membuat laporan polis dan sudah menjelaskan bahawa bukan dia yang terlibat dalam video itu, apa lagi yang orang ramai nak tahu? Masih juga teringin nak tengok?,… tentu ada maksud lain dipihak yang menayang mahupun yang menonton!!?? Kalau ye pun pelakunnya mirip Anuar. hairan sangatkah?. Walhal memang ramai dimuka bumi ini orang yang muka hampir sama? .Seperkara lagi,….dalam dunia moden yang serba canggih ini, mana ada lagi perkara yang mustahil? Kerja-kerja mengedit atau mengubah gambar ini sudah menjadi perkara biasa!
Dalam dunia ini memang Allah dah jadikan semua benda berpasangan atau ada regunya!. Jahat- baik, lelaki- perempuan, pandai- bodoh, kaya- miskin, tulin- palsu, Dalam hal video ini kita diberi akal oleh Allah, tentu boleh berfikir dengan waras! . Dalam zaman serba moden ini mana ada lagi orang membuat filem dalam hitam putih! Soalan penting! . Kenapa video itu tidak dibuat dalam warna?. Jawapan mudah!,.. Boleh jadi ia lebih mudah untuk dipalsukan!!.
Satu persoalan lagi!,…….Diantara Anuar dengan 3 ekor Jembalang Tanah itu agak-agaknya siapa yang lebih boleh dipercayai? Kalau orang yang teguh pegangan agama seperti Anuar, kita tak beri kepercayaan, lojikkah orang seperti Datuk T pula yang kita lebih percaya? Bagiamana dengan persenaliti dan tingkah lakunya sebelum ni?
Dalam situasi sekarang ini mahukah Anuar menanggung malu tanpa sebab? Merasa terhinakah Anuar walhal dia tidak pun membuat kerja terkutuk itu? Apa yang kita lihat sekarang,.. moral dan saham Anuar semakin melonjak! Sokongan semakin padu! Anuar sentiasa bersikap tegas dan berani. Berani kerana benar ! Takut dan malu kerana salah! Jadi Anuar sebenar tidak perlu takut.. Biarlah orang menuduh dengan membabi buta, kalau bukti sahih lagi nyata tak ada, mahukah orang percaya?
Hasil perbuatan Dato’ T dan sekutu-sekutunya, siapa sebenarnya yang mendapat malu ? Sudah tentu,….
1. Umno dan pemimpin-pemimpinnya, termasuk 3 Dato’ T yang berlagak sebagai Jembalang Tanah, seharusnya mendapat malu. Tetapi malang! mereka tak mahu merasa malu, sebaliknya mereka berbangga. Inilah akibat jahilnya mereka dalam agama. Mereka hilang rasa aib walau pun Melayu Umno sudah dicop sebagai – Melayu yang sudah hilang kemaluan!!
2. Orang Melayu yang masih kukuh pegangan agamanya, mahu tak mahu terpaksa menumpang malu. Manakala orang melayu yang ber “Ketuanan Melayu” tak kisah dengan anggapan - Melayu tidak punya “kemaluan”.lagi!
3. Negara Malaysia sudah pasti mendapat malu!, kerana Malaysia dikatakan sebuah Negara Islam!, tetapi pemimpinnya membuat kerja kotor yang bertentangan dengan Islam !!
4. DYMM Sri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong sebagai Tonggak atau Ketua Agama Islam tak dapat mengelak dari menanggung malu.
Justeru amatlah malang, jika petualang-petualang yang layak dituduh bersalah ini, tetapi terselamat dari sebarang dakwaan! Sia-sia sajalah undang-undang Negara kita, ibarat sebilah keris pusaka,yang hanya dijaga dan dupuja setiap malam Jumaat. (amalan setengah-setengah orang yang memiliki keris!)
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan