KPN berniat jahat? Atau akhbar berniat jahat? Atau kedua-dua ?
Kenapa KPN dan akhbar begitu ghairah membuat kenyataan yang sinis? Kenapa begitu beria-ia menghighlightkan kenyataan yang berbunyi ,…..
“Hasil siasatan mendapati video seks lucah yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang adalah tulin dan tidak diubah suai! “
Kenyataan ini terang-terang berniat jahat!! Ia bermaksud untuk mengelirukan rakyat! Ia bertujuan untuk mengubah persepsi rakyat terhadap ketua pembangkang itu!
Nampaknya sebuah kerajaan yang tidak bermoral, telah menghasilkan polis yang tidak bermoral dan akhbar yang tidak bermoral!!
Walhal isu sebenar cuba disembunyikan! dimana, – Tiga ahli UMNO telah melanggar undang-undang, Negara , yang mana undang-undang itu dibuat oleh kerajaan UMNO sendiri. Master mind nya Dato’ Rahim Thamby Chik bersama dua lagi telah mengaku membuat tayangan video lucah itu di sebuah hotel terkemuka. Perbuatan mereka dah terang-terang salah! sama ada disisi undang-undang mahupun hukum Islam!.
Kenapa belum lagi ada tangkapan? Kenapa belum ada dakwaan? Kenapa Polis macam acuh tak acuh untuk mendakwa 3 Jembalang tanah tu? Tak cukup bukti lagikah?.
Takkan lah kerana mereka mengaku berniat baik, maka mereka terlepas !! Mana mungkin orang merogol atau merompak, kemudian dia mengaku perbuatannya itu berniat baik, maka ia terlepas dari hukuman!! Wow! dasyat! dasyat !! Dasyatnya polis Malaysia !!
KPN kata video lucah itu tulin dan tidak diubah suai! Setakat itu sajakah kenyataan yang hendak dikeluarkan? Penting sangatkah bab tulin atau tak tulin itu?. Kenapa tak ghairah nak siasat perkara yang lebih penting? - siapa pemilik video? siapa pembikinnya? Dari mana Tiga Jembalang tu dapat video tu? Boleh percaya ke cerita mereka bagaimana video itu diperolehi? Bodoh sangatkah polis kita untuk menerima bulat-bulat cerita katun dan tak lojik itu?
Sebagai contoh untuk renungan ,… Tiga orang perompak yang berselindung disebalik topeng lutsinar, telah memandu kereta dalam keadaan terburu-buru dan merbahaya! Mereka ditahan polis kerana memandu melebihi had laju. Oleh kerana ketika itu polis sedang sibuk menyiasat kes curi kereta, maka kereta 3 perompak itu pun ditahan untuk menentukan sama ada kereta itu tulin atau palsu (kereta curi tau milik sah) termasuk nombor pendaftaran ori atau palsu!
Setelah pakar kereta dipanggil untuk buat pengesahan,.. akhirnya Pengarah JPJ Malaysia mengistiharkan dalam sidang media khasnya, bahawa kereta yang ditahan itu milik sah, bukan kereta curi!! Setakat itu sajakah? Nasib pemandu merangkap perompak yang memandu melebehi had laju macammana? Takkan nak dilepaskan begitu saja?
Samalah dengan kes video lucah ini. Tiga jembalang tanah itu tidak didakwa!! Amat tidak wajar!
Kalau beginilah cara polis Malaysia bekerja sesuai benar mereka digelar polis lembam!! polis bangang, polis lurus bendul atau polis makan rasuah!!
Wahai KPN ! Janganlah bertindak macam katun! Jangan pula cuba melindungi sesuatu! Perkara yang lebih penting menjadi tidak penting! Apa yang berlaku sekarang nampaknya macam itulah!! KPN lebih lebih ghairah mengumumkan yang video itu tulin dan kertas siasatan akan diserah kepada Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tindakan seterusnya.
Ha!! elok sangat lah tu. Ghani Patail tu kan ke musuh ketat Anuar!!
Maka perang besar antara Anuar dengan ketua lanun tu pasti akan berlaku lagi di mahkamah maupun diluar mahkamah!!.Negara luar akan terus ketawakan Malaysia !!
Wahai KPN ! Rakayat akan menilai anda, sama ada anda berpegang dengan jalan Allah yang lurus atau anda bersikap lurus bendul, 2x5 macam Rahim Noor dan Musa Hasan
oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan