Selasa, 31 Mei 2011

UMNO TAK MALU !! janjikan Pas 3 jawatan menteri


Umno tak malu !! memang Umno tak pernah malu!. Muka tebal, muka selamba macam badak air!  Bibir tak mancung gigi tersorong-sorong !!
Khabarnya Umno telah menghantar  wakil untuk memujuk Nik Aziz (Pas) agar mahu berkerjasama dan  menerima tiga jawatan menteri yang ditawarkan !

Usahkan menteri!  Perdana Menteri sekali pun jika ditawarkan,  Pas tak akan terima selagi Umno berfahaman sekular!  selagi Umno mengengkari Islam !. Kirim salam sajalah!!

Wahai pemimpin Umno ! tak serik-serik lagi kah? Orang dah tak mahu !  tak mahulah!!. Tak gheti bahasa betullah makhluk spesis Umno ni. Sah ! Umno telah mewarisi skrip cerita Melayu lama ,.. Punggok Rindukan Bulan !!  

Maka ucapan yang sesuai untuk Umno yang gila talak dan gila meroyan ini ialah,…                    Selamat menuju ke lubang kubur!!


Oleh : rahimothman

Isnin, 30 Mei 2011

BN serasi dengan BARANG NAIK


Umno kini menjadi beban kepada BN,... kedua-duanya akan berkecai.
Hari ini beban rakyat ditambah lagi,...
Selagi kerajaan bernama BN,  selagi itulah Barang Naik dan terus naik. 

Semalam 30/5/2011 Kerajaan BN telah  memgumumkan penyelarasan kadar baru tarif elektrik sebanyak tujuh peratus atau 2.23 sen/kwj berkuatkuasa mulai  1 Jun depan.
Dengan pertukaran kadar baru dari  33.54 sen/kwj  kepada  31.31 sen/kwj maka rakyat tak mampu tersenyum lagi. Manakala Pak menteri tetap akan akan berkata kadar itu masih rendah jika dibanding dengan negara luar !!.  Itu memang ayat biasa mereka!!

Difahamkan penyelarasan ini adalah disebabkan  kesan daripada dua komponen iaitu penyelarasan harga gas daripada RM10.70MMBtu. kepada RM13.70/MMBtu
Tak kiralah apa pun alasannya,  yang pasti rakyat telah menjadi korban kerajaan BN.  Nampaknya rakyat  terus terinaiya, hasil dari ketidakupayaan kabinet Najib memerintah.

Tahniah ! dan syabas !! kepada kerajaan BN kerana berjaya menambah parahkan lagi penderitaan rakyat !!  Padan muka rakyat !  terutama orang-orang Melayu bengong yang masih taksub dengan ketuanan UMNO dan kerajaan UMNOBN.  Sepatutnya  mereka  dah lama sedar!,  jangan lagi bersikap liat nak mampuss !!

Kepada seluruh rakyat Malaysia !  Insaflah ! Cukuplah 53 tahun kita ditekan dan digula-gulakan. Masih belum terlambat !  Pada PRU ke-13 nanti pastikan kita memilih PR !  bukan lagi BN!

Oleh : rahimothman


Ahad, 29 Mei 2011

Tengku Adnan, lebih baik diam je!

Lebih baik Dato’ Sri Tengku Adnan Mansor berdiam diri dan banyak-banyak bermuhasabah.  Rumah pun dah terbakar !! Bukankah itu satu peringatan dari Allah?  Tidakkah dato’ terfikir kenapa Allah turunkan sesuatu bala itu kepada hambanya? ? Nasib baik Allah masih menyayangi dato’ dan keluarga,  nyawa tidak melayang!.

Sesekali dato’ bercakap macam hampas je !

Lazimnya setiausaha tak bercakap banyak atau kurang bercakap. Tugasnya ialah memastikan sesuatu badan atau persatuan ditadbir dengan betul dan membuat kerja surat menyurat. Tetapi setiausaha agong Umno  yang sorang ni gatal juga nak bercakap hal-hal politik semasa. Modal nak bercakap pun dah tak ada.  Semuanya dah jadi hampas!! bersama timbunan najis pemimpin-pemimpin Umno !!.

Apa yang beliau perkatakannya semuanya perkara basi! , perkara yang dah berulat yang mana ramai orang dah tahu dan tak ingin mendengarnya lagi !  Segala tuduhan Tengku Adnan selaku setiausaha agong Umno kepada parti pembangkang, nampak bodoh dan melulu,  tak matang dan tak berasas !

(Sila baca di sini -  )  http://manjongmari.blogspot.com/2011/05/menjawab-tuduhan-umno.html

Oleh : rahim othman

 


Sabtu, 28 Mei 2011

UMNO KINI `KERA SUMBANG', DAP DAN PAS INGIN DIJADIKAN MANGSA

Oleh: WFAUZDIN NS
SAYA ingin mengulas sedikit apa yang diperkatakan oleh Adun Titi Serong, YB Khalil Idham Lim di Malaysiakini yang mengulas tentang cabaran Zahid Hamidi agar DAP keluar dari PR. Saya menyokong 110% kenyataan YB Idham Lim tersebut dan beliau menampakkan lebih bijaksana dari seorang Menteri Kabinet Najib iaitu Zahid Hamidi

Jelas pada ketika betapa takutnya Umno kepada pengaruh DAP yang telah mula mengambil alih tugas MCA dan Gerakan di dalam mengambil hati serta sokongan masyarakat Cina. Lebih menakutkan lagi Umno adalah apabila DAP kini lebih terbuka kepada semua kaum termasuk kaum Melayu yang besar kemungkinan ada yang terpilih menjadi calon DAP di dalam PRU ke 13 nanti. Cabaran balas YB Idham Lim yang mencabar Umno agar keluar dari Bn sudah pasti membuatkan Zahid Hamidi terkedu malu.

Umno sebenarnya sudah hilang maruah dan taringnya. Ini jelas apabila Umno dengan kerjasama akhbar pencacai Utusan Meloya sedang berusaha keras untuk mempengaruhi DAP dan PAS agar keluar dari PR. Pada Umno, tentulah lebih elok jika kedua-dua parti ini menyertai Bn, tetapi kerana segan untuk menyuarakan hasrat menjemput kedua-dua parti berkenaan menyertai Umno, maka dicadangkan agar kedua-dua parti tersebut keluar sahaja dari PR. Apa asasnya untuk mereka keluar dari PR? Tiada hujah yang munasabah yang diberikan oleh Zahid.

Lojiknya, tentulah Umno yang patut keluar dari Bn dan kita ada hujah iaitu jelas MCA dan Gerakan tidak lagi `mesra' dengan parti sekular Melayu tersebut. Umno kini boleh dikatakan umpama `kera sumbang' tiada lagi teman yang sudi untuk berkongsi kesusahan. Di masa Umno kuat dan senang, memang ramai yang mahu berkawan kerana mereka berkawan dengan Umno disebabkan ada `sesuatu' yang boleh `mengenyangkan' mereka. Kini, Umno semakin tersepit dan dalam diam-diam Umno cuma boleh bergantung di `helaian bulu ketiak' Perkasa.

Karektor DS Anwar Ibrahim iaitu musuh utama Umno gagal sama sekali untuk dimusnahkan sepertimana `musnah'nya Altantuya dengan C4. Apa jua yang ditampilkan untuk memburukkan imej DS Anwar nampaknya semakin memakan diri Umno. Buktinya, semakin banyak fitnah yang dilemparkan kepada Ketua Pembangkang ini, beliau semakin didekati rakyat hatta kini di tanah rancangan (Felda) sendiri. Di bandar-bandar elit, di mana penduduknya rata-rata berpendidikan, Umno sudah tidak boleh cari makan.

Apabila pemimpin Umno semakin tertekan dan semakin lemah, maka arah pemikiran pemimpin Umno pun sudah tidak stabil lagi. Sebab itu kita lihat berbagai-bagai gelagat aneh yang telah dilakukan oleh mereka disaat-saat akhir nyawa mereka ditampuk kuasa. Krisis kenaikan harga barang serta dasar yang tungang langgang, menunjukkan pemimpin Umno kini sudah hilang arah untuk mentadbir negara.

Umno tiada pilihan lain lagi untuk terus berkuasa, maka sekarang ini kita lihat terlalu banyak jentera kerajaan atau agensi kerajaan yang menjadi pening dengan berbagai karenah dan kehendak pemimpin Umno untuk terus berkuasa. PKR cuba untuk diharamkan, Pejabat Pendaftaran pula tidak cukup mulut untuk menjawab tentang pemberian Kad Pengenalan kepada wara asing. Pihak Polis pula sampai sekarang gagal mendakwa `tokeh' yang menayangkan vedeo lucah, tetapi sibuk bercakap pasal vedeo itu tulin atau tidak.

Rakyat tiada pilihan lagi melainkan mesti berani untuk mencuba kerajaan yang baru. Lihat sahaja negeri-negeri yang telah ditadbir oleh PR, tentulah ada sedikit sebanyak kelemahan tetapi kebaikannya lebih banyak dari kerajaan terdahulu. Jika negeri seperti ini PR boleh tadbir dengan baik tanpa bantuan sewajarnya dari Kerajaan Pusat, sudah tentu jika PR mentadbir Putrajaya kita akan merasai betapa nikmatnya berada di dalam negara tercinta ini.
  /wfauzdin.blogspot.com