Menurut Timbalan Perdana Menteri Tan Seri Muhyiddin Yassin –
“Malaysia kini menjadi negara Islam contoh hasil daripada usaha UMNO yang menunjangi Barisan Nasional (BN).” katanya … tetapi apa yang pasti ia merupakan satu kenyataan yang tidak manasabah dan penuh kepalsuan!!
Diatas kertas Malaysia MUNGKIN sebuah negara Islam, tetapi hakikat sebenar? MasyaAllah tuhan saja yang tahu!
Kalau Malaysia sebuah Negara Islam contoh kenapa hukum Al Quran diketepikan? Kenapa masih menghalalkan judi? Kenapa penjualan arak dihahalkan? Kalau Malaysia sebuah Negara Islam, kenapa menteri-menteri Islamnya takut berhadapan dengan Mahkamah Syariaah? terutama dalam kes fitnah liwat dan tuduhan zina terhadap DS Anwar?
Kalau Malaysia sebuah Negara Islam, kenapa ramai ulamak-ulamak Islam dalam kerajaan BN tidak menyokong BN, malah ramai yang berpihak kepada pembangkang! Misalnya Dato’ Harun Din, Ustaz Azzamudin Taib, Almarhum Dato’ Ishak Baharum bekas Mufti Selangor, Dato’ Dr Hasan Ali dan ramai lagi (sekadar menyebut beberapa nama)
Dan tak kurang pentingnya,.. Kenapa Malaysia yang kununnya sebuah Negara Islam terus-terusan memusuhi kerajaan negeri Kelantan yang bersungguh-sungguh mahu menegakkan Islam? Bahkan hak royalti minyak negeri tersebut dirampas? Merampas hak orang lain itu ajaran Islam kah?
Kalau Malaysia sebuah Negara Islam contoh kenapa begitu ramai gadis-gadis Melayu beragama Islam terlibat dengan zina? Malahan tak terkira pula betapa banyaknya kes-kes pembuangan bayi dan anak haram yang berlaku di merata-rata tempat !!. Memalukan!!
Kenapa menteri dan pemimpin Melayu yang beragama Islam suka sangat membuat kerja fitnah seperti kes fitnah liwat 1 yang telah dipelopori oleh Dr Mahathir satu ketika dulu?, kini diwarisi pula oleh Dato’ Najib Tun Razak. Dan akhir sekali berhubung isu terbaru,… Kenapa pemimpin-pemimpin UMNO suka memperdagangkan cerita-cerita kotor seperti komik lucah, video lucah dan sebagainya? Apakah perbuatan begitu yang menjadi lambang negara Islam contoh? Mengaibkan sesama insan itu ajaran Islamkah?
Rasanya terlalu banyak perbuatan keji telah dilakukan kerajaan UMNOBN. Apakah ini yang dikatakan Negara Islam contoh seperti yang disebut oleh Muhyiddin Yassin? Fikir-fikirkan lah !!
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan