Walau pun dah ramai ulamak menyanggah perbuatan barua-barua UMNO menayangkan video lucah dan acara angkat sumpah laknat oleh Dato’ T, tetapi nampaknya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin masih tak puas hati.... Pemimpin UMNO ini masih nak menegakkan kejahilannya dalam hukum hakam agama! walhal ilmu agama yang dimilikinya amat cetek, kalau pun ada cuma sekelumit! !!
Dalam satu sidang media pada majlis bersama warga pendidik, badan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk Beserah, dekat sini, kelmarin , Muhyiddin mengesa Nik Aziz supaya berkata benar walaupun pahit berhubung isu lelaki dalam rakaman video seks yang dikatakan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kenyataan atau gesaan Muhyiddin ini seolah mengajak Nik Aziz percaya bahawa Anuarlah yang berlakun dalam video itu sebagaimana seluruh pemimpin UMNO mempercayainya.
Kita nak tanya Muhyiddin!.. Kenapa Tuan Guru Nik Aziz didesak supaya bercakap benar? Apa pendustaan yang pernah Nik Aziz buat? Pernahkah Nik Aziz berzina? Atau bersubahat dengan penzina. Salahkan Nik Aziz berbaik-baik dengan Anuar untuk sama-sama berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan? Kalau benar Anuar penzina ! tolong buat dakwaan di Mahkamah Syariah!!.. Kenapa pemimpin UMNO amat gentar dengan Mahkamah Syariah?.
Seperkara lagi,...sepatutnya Muhyiddin menyeru dirinya sendiri termasuk ketiga-tiga datukT supaya bercakap benar dan bertaubat. Sedarlah yang hidup ini bukan untuk menongkat langit! Ada perhetongan untuk menghadapi alam akhirat!! ada penentuan syurga dan neraka!! Dan sebaik-baiknya, tarbiahlah keluarga sendiri dulu agar terhindar dari azab api neraka Menyuruh Nik Aziz berkata benar ibarat mengajar itik berenang ! sia-sia!
Jangan lah menjadi Timbalan Perdana Menteri yang bangang!,.. Siapalah diri anda ! nak bercakap soal agama? Soal hukum judi yang confirm memang haram pun pemimpin UMNO masih bertelagah, masih nak menghalalkan juga! apa lagi dengan kes-kes zina atau tuduhan berzina! Bab Qazaf pun mereka tak tahu, atau kabur!! Jadi layakkah Muhyiddin nak berbicara soal agama dengan Tuan Guru Nik Aziz? .
Wahai Muhyiddin dan pemimpin-pemimpin UMNO! Cerminlah diri dahulu. Ketahuilah bahawa pemimpin UMNO layak bercakap soal agama hanya dikalangan orang-orang UMNO sahaja, sebab mereka seronok mengawal agama, bukan agama mengawal mereka!!
Untuk pengetahuan UMNO - Kes fitnah Liwat, video lucah dan majlis angkat sumpah laknat yang mereka jaja dan taja , kebanyakan rakyat sudah cukup faham. Semua perbuatan jijik dan jahat UMNO itu adalah kerja gila. Kerja busuk UMNO yang paling agong di abad ke-20 ini. Justeru DS Anuar Ibrahim mahu pun Tuan Guru Nik Aziz tak perlulah layan segala kerenah dan cabaran yang dilemparkan oleh mereka ini. Kalau bercakap dengan orang gila takut nanti kita juga dikatakan gila.
Biarkan lah mereka dengan kegilaannya. Buat apa kita nak ikut jadi gila!!
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan