Boleh tersenyum atau berbanggakah Najib dengan kedudukan ini?
Apa-apa pun kita ucap tahniah pada Najib!! Tempat ke-10 pun kira terror le tu !!
Kejayaan yang boleh dianggap paling terhina ini, barangkali disebabkan penangan ISLAM HADHARI yang dipopularkan Pak Lah satu ketika dulu! Tahniah sekali lagi PM ! dan jangan lupa mulai besok perbanyakkan lagi lesen penjualan arak untuk meningkatkan pencapaian ketangga yang lebih baik!!
Apabila mendapat tempat top five nanti orang yang paling gembira sudah tentulah mantan Perdana Menteri Tun Mahathir ! dan orang yang paling sedih tak lain tak bukan ialah seorang lagi mantan Perdana Menteri - Pak Lah,.. kerana disitulah ukuran kejayaan Islam Hadharinya.
Ada Islam Hadhari Malaysia hancur !! Tak ada Islam Hadhari lagi hancur !!! Lihatlah lah apa yang berlaku sekarang, Sikap dan perbuatan gila orang-orang Umno! semakin menjadi-jadi. Cerita liwat dan cerita video lucah semakin melimpah ruah!! Polis sendiri pun dilihat seolah-olah sangat enjoy dengan kehadiran video lucah ini, sebab itulah mereka tak mahu ambil tindakan terhadap tiga datuk T yang terlibat, walaupun mereka sudah mengaku menayang video itu kepada umum.
Peranan jahat Umno, Akhbar pengampu dan tv3suku
Kasihan! dan malangnya nasib anak-anak mentah jenerasi muda sekarang. Saban hari mereka dihidangkan dengan cerita kotor dan lucah oleh pemimpin Umno, Utusan Meloya, Berita Hairan dan TV3suku. Mereka sedikit pun tidak rasa bersalah. Yang mereka mahu, Anwar dihapuskan! Anwar mesti difitnah dan dimalukan!!
Wajah dan kehebatan Anwar sebenarnya amat menghantui mata dan pemikiran mereka. Mereka tidak mahu mengaku ketokohan Anwar! walaupun berjuta rakyat Malaysia menyayangi insan kerdil yang akhlaknya jauh lebih baik dari mana-mana pemimpin Umno ini.
Sama-samalah kita berdoa semoga Allah melindungi kita semua. Semoga Allah menggugurkan pemimpin yang zalim !! . Amin
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan