Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan Malaysia ini dah buat silap,..
Sepatutnya mengaku saja, minta maaf – habis cerita.
Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) Datuk Abdul Rahman Othman menganggap tindakan PKR membuat sidang media khas berhubung surat amaran dari pihaknya kepada PKR sebagai kurang manis !! Sepatutnya .. jawab terus kepada ROS, tak perlu buat sidang akhbar, itulah diantara kata-katanya.
Tetapi adalah lebih jahat dan biadap apabila pihak ROS sendiri bertindak membabi buta macam orang tidak berakal, bertindak secara tidak bertanggung jawab terhadap PKR. Inilah akibatnya kalau terlalu mengikut kehendak dan desakan Sang Penguasa !
Isunya – ROS mendakwa pengurusan PKR telah tidak mengikut perlembagaan parti berhubung kes pemecatan ahlinya. ROS juga ada menyebut nama ahli yang dipecat itu tetapi yang menghairankan nama berkenaan tiada pun dalam senarai ahli. Dan bertambah-tambah pelik apabila peraturan yang didakwa tidak dipatuhi oleh PKR itu, juga tidak wujud. Sah! Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan Malaysia ini sudah tidak waras lagi !
Wahai Datuk Abdul Rahman ! Tak usahlah nak menyalahkan pihak PKR pula. Tak usahlah nak menuduh tindakan PKR membuat sidang akhbar itu tidak wajar atau tidak manis. Sepatutnya Dato’ cermin diri dulu! Apakah Dato’ telah membuat kerja dengan tertib! dan mengikut prosedur kerja yang betul. Bukan main sign saja sebarang surat yang terbentang di atas meja ! tanpa memikirkan manasabah atau tidak ! faktanya betul atau salah!! Sekarang siapa yang malu ?
Penulis nak bertanya kepada Dato’ ! Takkanlah di pejabat Dato’ tiada kerani atau mana-mana pegawai yang bertanggung jawab menyemak setiap surat sebelum dihantar? Tidakkah difikirkan dahulu bahawa surat amaran atau notis yang hendak dikeluarkan itu benar-benar menepati maksud dan tujuan? Sekarang apa yang berlaku seolah-olah pegawai-pegawai di ROS tak tahu buat kerja!
Perbuatan sumbang sudah pun terlanjur. Maka dengan ini tembelang busuk dan niat jahat dipihak ROS telah terbongkar!. Tak kiralah sama ada ia didalangi oleh UMNO atau pemerintah, yang pasti kebusukannya itu telah dihidu oleh seluruh rakyat Malaysia khasnya ahli-ahli PKR.
Ingatlah Dato’ ! Semua perancangan yang dibuat oleh manusia terutama perkara jahat sentiasa dalam pemerhatian Allah. Allah juga merancang ! dan perancangan Allah adalah yang terbaik! Maka semua yang berlaku ini adalah dengan kehendak Allah. Tak usahlah Dato’ mencari kesalahan pihak lain pula.
Kan lebih baik mengaku saja bila dah buat salah ?, kemudian minta maaf kepada PKR. Dan akhir sekali belajar-balajarlah bertaubat. Paling penting, jauhkan diri dari pemimpin UMNO yang beniat jahat!!
Oleh : rahimothman
klu umno main politik wang tak pa pun.
BalasPadamsalah satu contoh muka2 kaki jilat yg jadi ketua dalm jabatan kera-jaan... kat sekolah2 lagi banyak pengetua2 90% kaki jilat... paksa guru undi parti sesat lagi menyesatkan... kununya dah temakan budi... dapat gaji dapat naik pangkat... Bonggok...
BalasPadamjangan sign buta dan tak bertanggungjawab...memalukan!!!!
BalasPadam