Dr Juanda Mufti Perlis, Dr Asri bekas Mufti Perlis , Dato Md Hashim Yahya Bekas Mufti Wialayah, Dato’ Harussani Zakaria Mufti Perak, dan Datuk Seri Mohd Tamyes Mufti Selangor,..
semuanya sudah memberi kenyataan bahawa perbuatan Dato’ Eskay melafazkan sumpah laknat di sebuah masjid di Sentul kelmarin sebagai menyalahi dan tidak mengikut syariaat Islam,.. tetapi dimana pula suara dua badan ini?.
Kita ada Badan Kehakiman Islam Negara dan kita juga ada Majlis Fatwa Kebangsaan. Apakah mereka ini hanya mahu menjadi penonton saja? membiarkan kesucian agama Islam dicemari oleh pihak yang tidak bertanggung jawab?
Memetik satu kenyataan dalam akhbar SINAR kelmarin, Presiden Persatuan Peguam Syarie, Muhammad Isa Abdul Ralip berkata "Saya sendiri kurang jelas Eskay bersumpah untuk tujuan apa kerana sumpah perlu berlandaskan pada hukum Syarak ditetapkan di dalam Islam. "Jangan sewenang-wenangnya angkat sumpah jika tidak tahu maksud sumpah sebenarnya, atau Eskay sebenarnya bermotifkan politik".
Seorang lagi Pendakwah Bebas, Ustaz Md Daud Che Ngah pula berkata, "Berdasarkan Al-Quran sumpah laknat hanya boleh dilakukan oleh suami dan isteri sahaja". "Dalam isu sumpah laknat Eskay semalam, langsung tiada kena mengena kerana apa yang dilakukannya adalah pembohongan bersifat fitnah dalam masjid".
Jauh berbeza dengan kenyataan Jamil Khir, Senator yang dilantik oleh Najib. Jamil Khir mudah memberi hukum dengan menyebut, "Sumpah laknat Eskay adalah hak peribadi individu perpegang kepada katanya sebelum ini". Apabila ditanya oleh wartawan, adakah perbuatan Eskay itu menyalahgunakan masjid, Jamil Khir mudah menjawab, "Ini kerana sebaik-baik tempat untuk berbincang dengan orang ramai di masjid".
Ini pula kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria “Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu melakukan sumpah mubahalah berhubung dakwaan rakaman video seks, oleh tiga “Datuk T”, yang mengaitkan dengan diri beliau.”
Hingga kesaat ini kita sedang tertunggu-tunggu apa pula kata Badan Kehakiman Islam Negara dan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam isu panas ini! Adakah mereka merasa kecut perut untuk menyatakan kebenaran semata-mata kerana gertakan pemimpin UMNO? Besar sangatkah kuasa yang mereka ada? walhal ia hanya ibarat sebutir pasir di tengah lautan!!
Kuasa Allah jauh lebih besar! Maka berpegang dan berlindunglah kepada kekuasaan dan kebesaran Allah, bukan berselindung dibalik kekuasaan UMNO!
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan