Selasa, 17 Mei 2011

Si Lembu Jantan membela si Lembu Betina


Walaupun kedua-duanya dicucuk hidung, tapi si Lembu Jantan ini lebih dominan.
Kenyataan saksi-saksi banyak yang bercanggah,  termasuklah kenyataan Saiful sendiri,….
Umno hari ini ibarat berjalan tanpa seluar.
Merujuk kepada Kes Fitnah Liwat 2,…
Apabila tuan Hakim sendiri tidak berlaku adil, sering menafikan hak dan kebenaran pihak lain,  dalam masa yang sama membenarkan fakta-fakta yang bercanggah !!,… Apabila tuan hakim mahu makan semeja dan duduk sekapal dengan pihak pendakwa, maka apalagi yang mahu diharap oleh pihak defendan,  apa lagi yang boleh diharap oleh pihak yang menjadi mangsa pendakwaan!!.

Begitulah juga harapan seluruh rakyat marhaen!!  Hancur lebur !! bila mengenangkan sistem kehakiman negara dirobak rabik oleh Sang Penguasa. Hakim dah tak boleh buat keputusan sendiri.  Hakim seolah-olah rela menjadi seperti kerbau yang begitu mudah dicucuk hidung!! Begitulah murahnya harga diri seorang hakim di Malysia,  semurah barang lelongan!!

Dengan ini maka tak salahlah jika rakyat membuat rumusan,…Mahkamah Malaysia ibarat Mahkamah zaman purba atau mahkamah zaman batu -  Yang kuat membuli yang lemah, Yang berkuasa memperagakan kuasanya!!

Hanya itulah yang dapat digambarkan, apabila Hakim kes Fitnah liwat 2 DS Anwar, Dato’ Mohd Zabidin Mad Diah mengumumkan bahawa  Anuar perlu membela diri.  Hakim ini mendakwa   segala keterangan Saiful saksi utama kes, sangat relevan. Muhd.Saiful Bukhari Azlan adalah seorang yang berwibawa! dan bercakap benar !!.  Nak loya tekak teman mendengar kenyataan hakim ini!..
Sekali lagi rakyat mahu diperbodoh!. Kalau sebelum ini pemimpin UMNO sering memperbodohkan rakyat, tetapi kali ini giliran tuan hakim pula!!

Hakikatnya seluruh rakyat Malaysia yang mengikuti perbicaraan kes,  mendapati si Saiful ini tidak pun bercakap benar, malah terdapat kenyataannya yang bercanggah. Segala tuduhan Saiful dan pihak pendakwa sebenarnya telah dipatahkan oleh peguam bela..

Amat memalukan apabila seorang hakim telah membuat satu keputusan yang tidak bijak. Tidak keterlaluan kalau dikatakan Hakim ini telah dicucuk hidung. Keputusan yang dibuatnya amat janggal, malah songsang,  dan ini amat memalukan kerana masyarakat dunia akan memandang sinis terhadap institusi kehakiman Malaysia! .

Siapa agaknya yang nak tanggung malu bila orang luar mentertawakan kerajaan Malaysia? Sudah tentu kita seluruh rakyat Malaysia! .  Pemimpin UMNOBN peduli apa dia!   kerana semenjak tahun 1998 lagi semasa kes fitnah liwat 1  mereka sudah tidak ada kemaluan ! 
Niat mereka nak melondehkan seluar Anuar,  tetapi hakikatnya seluar mereka yang tertanggal terus hingga menampakkan kemaluan. Dan hingga hari ini  mereka masih berbangga berjalan tanpa seluar!!.

Oleh : rahimothman




Tiada ulasan:

Catat Ulasan