Tak ada benda yang mengejutkan, Umno boleh buat semua!!
Terbaru,.. UMNO arahkan ROS batalkan pendaftaran PKR !!
ROS menurut saja ibarat kerbau dicucuk hidung!!
ROS sebuah badan yang bertanggung jawab menyelaras dan memperakui sesebuah badan atau pertubuhan, termasuk parti-parti politik, hari ini cuba diperalat oleh UMNO !! !
Kasihan ROS !, ibarat orang sedang sedang tidur nyenyak, tiba-tiba dikejutkan!
Setelah disergah UMNO, maka bertindaklah mereka secara melulu, tergesa-gesa ! dan kelam kabut. !!
Kesan dari tindakan terburu-buru pihak ROS, seluruh rakyat khas ahli-ahli PKR tertanya-tanya!. Pelik ada, lucu pun ada. Angin tidak, ribut tidak, tiba-tiba saja mereka mendakwa PKR kununnya telah bertindak melanggar perlembagaan parti berhubung isu pemecatan ahli. Beri tunjuk sebab kenapa pembatalan pendaftaran tidak boleh diambil Begitulah lebih kurang isi penting surat amaran itu.
Tetapi yang menjadi lebih lucu, ahli yang dipecat pun tiada dalam senarai nama keahlian, seperti yang didakwa. Peraturan yang disebut oleh ROS pun tak wujud dalam perlembagaan PKR!! Bermimpikah wahai pegawai-pegawai ROS? Barangkali inilah akibatnya kalau makan gaji buta.! Waktu menandatangani surat pun dibuat dalam keadaan buta!! Sepatutnya pegawai-pegawai ROS bertindak bijak, propersional, mengikut kebiasaan, dan tidak lari dari peraturan. Mengapa anda sanggup diperbodoh dan diperkuda oleh UMNO?.
Mengapa sampai begitu sekali ? Bodoh sangatkah pegawai-pegawai yang duduk dalam ROS itu? Perkara ini tentulah amat memalukan !! amat melucukan !! Belum pernah dalam sejarah, ROS bertindak sebegini rupa!
Dengan terdedahnya peristiwa ini terbukalah satu lagi pekung UMNO dan pekung ROS sendiri.
Itulah satu dari berpuluh usaha jahat UMNO, untuk menghadapi pilihanraya dan melemahkan parti lawan khasnya PKR. Kita sedang menunggu ! apa lagi perancangan jahat UMNO selepas ini!!
Oleh : rahimothman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan