Rabu, 18 Mei 2011

ISMAIL SABRI MENTERI PUTAR BELIT !!

Wahai Menteri UMNO dan kerajaan UMNO !!. Wahai Pak Menteri yang bernama Ismail Sabri. Kenapalah  tutur bahasa mu selalu lunak!  Sudah-sudahlah kamu berseloka dengan rakyat, kerana selama ini kata-kata mu itu begitu menghiris hati rakyat. Kata-kata mu sebelum ini walaupun manis tetapi penuh dengan putar belit.
Sekelumit pun rakyat  dah tak percaya!  Rakyat sedar mereka tertipu!! Kerapkali bibir dan lidah mu berkata,… harga barang tak akan naik, tapi hingga kini,  dah hampir sepuluh kali harga barang naik!!  Terutama petrol dan gula.

Janganlah kau pura-pura buat tidak tahu!!  Kesan dari kenaikan harga petrol, berpuluh jenis barangan lain telah turut naik. Rakyat semakin terhimpit!  Rakyat semakin tersiksa kerananya!. Kamu yang berjawatan menteri memanglahlah tak sama dengan rakyat kebanyakan. Kalau harga petrol dan menjadi lima ringgit seliter dan sekilopun, kamu takkan rasa apa-apa. Mungkin kamu tak perasan pun!!  Tetapi sedarkah kamu keperitan dan raungan hati rakyat? betapa tersiksanya mereka menyara hidup keluarga?

Kalau dah tak pandai menari jangan dikata lantai tinggi rendah,  kalau tak pandai main bola jangan pula dikata padang senget sebelah!!.  Kalau tak gheti memerintah jangan cari berbagai alasan. Kalau tak pandai nak kawal harga barang dari naik bertalu-talu, jangan salahkan dunia !  jangan salahkan tsunami!  Jangan salahkan pasaran global !  Berundur sajalah dari kerusi menteri!.   PM pun sama,..rakyat hidup susah, kerajaan pula sewenang-wenang berbelanja mewah. Ini tak masuk lagi keborosan isteri PM berbelanja!!

Kepada Melayu-Melayu yang menjadi penyokong-penyokong jati UMNO!!  Insaflah!!  Dah tahu pemimpin-pemimpin kerajaan UMNO ni mementingkan temolok masing-masing,  dah tahu mereka ini bongok  macam Pak Pandir kenapa masih nak sokong?

TERBARU, Menteri pengguna ini kata ,.. kerajaan nak beri tahu rakyat bahawa petrol RON95 mungkin akan naik sedikit masa lagi. Tujuan diwar-warkan  supaya rakyat bersedia!  dan tidak terkejut!!  Apa beza terkejut atau tidak terkejut? Kalau dah harga barang naik rakyat tetap membayar!!  melainkan kalau mereka lari kehutan, hidup macam orang Asli !!

oleh : rahimothman

Ini sedikit petikan kata-kata menteri petrol dan gula!!
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan i Ismail Sabri Yaakob berkata kenaikan harga petrol RON95 mungkin berlaku dan oleh itu, rakyat perlu bersedia untuk menghadapi peningkatannya.

Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka akan dibuat sekali lagi bulan depan.

“Saya ingin rakyat bersedia. Saya tidak mahu nanti rakyat terkejut, kata harga minyak tidak naik tetapi akhirnya naik juga,” kata beliau sebagaimana dilaporkan media tempatan.

Ismail Sabri berkata, kenyataannya sebelum ini bahawa tidak akan naik buat masa ini tidak bererti harga bahan mentah itu tidak akan naik.

1 ulasan:

  1. Yang sebenonye Boddoh bro... baca skrip jer, bukan cakap berdasarkan kajian, cakap ikut skrip orang lain yang buatkan... mentri2 umgok kan dilantik sebab mereka boddoh...

    BalasPadam