"Apa lagi yang Dr M mahukan dalam hidup beliau setelah menjawat jawatan PM selama 22 tahun ? Apa perkara yang 'luarbiasa' yang Dr M tidak buat semasa hayatnya dan setelah dipencenkan dari jawatan PM ? Dunia telah tau bagaimana modus operandi Dr M melucutkan jawatan PM dari Pak Lah atas alasan selalu tidur. Terkini Najib akan menjadi perhitungan beliau untuk meneruskan legasi sebelum menutup mata.
Dr M amat memahami situasi terkini UMNO yang semakin hilang arah dan tidak dipercayai rakyat. Dr M sememang nya licik dan bijak apabila Segala akiviti yang melibatkan simbol UMNO akan di pandang hina oleh rakyat dan beliau menggerakkan NGO seperti PERKASA dan JMM dan di bantu oleh Blog sampah seperti Parpukari dan beberapa yang lain sebagai penyambung lidah beliau. Blog2 ini digunakan Dr M secara aktif untuk mengerakkan agenda beliau.
Dr M sedar Najib tidak memenuhi kriteria beliau untuk menjadi PM idaman nya dan Muhyidin sedang dalam perancangan beliau menggantikan Najib. Dr M reti bahasa melayu bahawa agenda Utusan 1Melayu 1Bumi di sokong Muhyidin dan di tolak Najib.
Media-media propaganda UMNO dan BN setiap hari melancarkan Fitnah keji terhadap PR saban hari dan diselitkan dengan iklan muka Mukriz dan Muhyiddin ditonjolkan sebagai model-model iklan media mereka sebagai persiapan.
Sehari selepas Dr M mengeluarkan kenyataan Dr M: Perpecahan kaum tebal, Najib hanya perlu panggil PRU 2012 dan disokong oleh AdnanSU Agung setuju pandangan Mahathir Umno lemah. mengesahkan kepimpinan Najib sangat lemah.
Setelah segala pecaturan fitnah yang dilemparkan UMNO dan BN di hidu Dr M akan menemui kegagalan, propaganda perkauman di gerakkan untuk menyongsang fikiran warga UMNO yang rata-rata warga emas yang telah tepu dengan perjuangan songsang UMNO dan BN untuk mempercayai nya. Blog songsang ini di biarkan bermaharalela dan berleluasa untuk menggerakkan propaganda UMNO dan BN untuk menimbulkan persepsi buruk rakyat terhadap Pakatan Rakyat.
Dr M sedar segala perkara 'Maha luarbiasa' yang digerakkan beliau kini adalah semata-mata untuk menutup pekung selama 22 tahun pemeintahannya. Sejarah akan menobatkan beliau diri beliau sebagai manusia yang busuk hingga ke usus. Pas sudah terbalik rela mati pertahan DAP
RAKYAT MARHAEN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan