Isnin, 9 Mei 2011

MAHATHIR MASIH BERCAKAP PERKARA BASI !!


Tak ada modal lain!  Itu sajalah modalnya. Si Kuda tua ini tak sudah-sudah menuduh PAS menjadi alat kepada  DAP, PAS menggadaikan maruah Islam semata-mata kerana DAP,  satu tuduhan yang melulu dan jauh dari fakta sebenar.

Walhal dalam Pakatan Rakyat, tiada satu parti pun yang mengusai parti lain – melainkan sama-sama bermatlamat satu – iaitu membentuk sebuah kerajaan pusat yang ideal atas nama Pakatan Rakyat . Bukan lagi Barisan Nasional yang semakin reput.

Tetapi hari ini, mantan Perdana Menteri yang sudah berkarat, masih sedaya upaya cuba bermain api, membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap PAS, dan setakat ini belum berhasil. Apa yang jelas kelihatan, orang Melayu semakin meluat dan loya dengan UMNO.  Ini disebabkan PAS masih kuat berpegang dengan konsep ukhwah dan perpaduan sejagat berteraskan Islam, manakala Umno masih dengan fahaman sempit lagi menyempitkan!!

Malangnya Tun Mahathir dan UMNO sendiri tetap tidak berubah walaupun suasana politik sudah berubah.  Mereka mahu Pas menjadi parti yang boleh dicucuk hidung, mereka  mahu PAS berpendirian sama seperti di zaman kepimpinan bekas Yang Dipertuanya Allahyarham Prof Burhanuddin Al Helmi dan bekas Presiden Allahyarham Datuk Asri.

Zaman dah berubah Tun!   PAS mahu menjadi sebuah parti yang dinamik! Parti yang membela kehidupan manusia bersama Pakatan Rakyat, bukan mahu membela segelintar pemimpin Melayu Umno!.  PAS for all, Islam for all.  PAS bukan parti berfahaman kuno sebagaimana Umno. Sikap parti UMNO liat nak mampus! Keras macam batu!  Tak mahu sedar dan tak mahu berubah !

Wahai Tun Mahathir !. Berihat sajalah!. Tak usah sibuk-sibuk nak cakap hal politik. Rakyat sudah semakin matang, rakyat mahu berubah!  Rakyat sudah bosan dengan corak pemerintahan UMNOBN rakus dan zalim serta penuh dengan semangat perkauman! Rakyat Malaysia khususnya bangsa Melayu tak mahu lagi diperbodohkan!  Cukuplah!

Bersedialah Umno untuk menjadi pembangkang pula! Kejayaan Pakatan Rakyat mentadbir empat buah negeri amat memberangsangkan. Ini menjadi bukti yang Pakatan Rakyat sememangnya mampu. Barisan kepimpinan Pakatan Rakyat sudah cukup bersedia untuk memerintah.

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan