Utusan Meloya dan RTM takkan mengubah dasar mereka. Selagi UMNO memerintah,maka UMNO mesti disokong dan ditatang. Soal buruk baiknya pemimpin dan kerajaan UMNO, itu tolak tepi. UMNO yang dikatakan pejuang bangsa Melayu dan Agama Islam hakikat sebenar hanya tinggal nama. Cakap-cakap mereka tak serupa bikin lagi – jauh menyimpang. Yang penting apa yang mereka mahu, mereka mesti buat.
Apa saja caranya mereka akan lakukan!, tak kira halal haram, wajar tak wajar, bermaruah atau tidak bermaruah.
Ini yang dapat kita lihat sekarang!. Berita video lucah dimainkan hari-hari untuk dinikmati oleh seluruh gulungan masyarakat tak kira tua muda maupun kanak-kanak. TV3 suku dengan sengaja dan bangga mendedahkan kepada umum laman-laman web yang ada memuatkan cerita dan video lucah. Seolah-olah menyeru,… “ Wahai seluruh rakyat Malaysia, Lihatlah laman web lucah ini! Kamu nilailah sendiri betapa jahatnya perbuatan DS Anuar!!”
(Walhal semua cerita itu tidak benar! Malah ia merupakan satu FITNAH besar yang telah diatur oleh pemimpin UMNO)
Memang ! nampak sangat tindakan mereka ini sangat tidak waras! Dah macam orang gila babi !. atau gila meroyan! Sungguh jelik dan memalukan!! Mereka langsung tidak memikirkan kesannya terhadap jenerasi muda dan kanak-kanak.
Terbaru, untuk membantu UMNO yang sudah lemas, Utusan cuba menyimbah petrol di bumi Malaysia, dengan tujuan untuk membakar kemarahan orang Melayu. Mereka menyebar fitnah kununnya DAP berpakat dengan sekumpulan paderi kristian untuk meletakkan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia, tetapi DAP awal-awal lagi telah menafikan
Sah!! Ini satu lagi tindakan jahat Utusan Meloya! Mereka cuba menghasut. Mereka sememangnya mahukan orang Melayu mengamuk. Tetapi Alhamdulillah!, itu tidak terjadi. Orang Melayu sekarang sudah semakin cerdik!. Cuma Umno! entah bila mereka nak jadi orang yang cerdik.
Apa-apa pun kita sebenarnya amat sangsi dengan sikap dan pendirian pihak polis khasnya Kementerian Dalam Negeri / KDN. Sepatutnya bogger-blogger pro UMNO dan Utusan yang mencetuskan isu, awal-awal lagi telah dikenakan tindakan. Tetapi itulah malangnya menjadi rakyat Malaysia – Undang-undang yang disediakan ada dua kategori, satu untuk menyokong kerajaan dan satu untuk pembangkang. Tak pernah berlaku di dunia lain! kecuali Malaysia.
Semoga dengan pertolongan Allah Malaysia akan selamat dari tangan-tangan Syaitan ini!
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan