Selasa, 22 Februari 2011

AIR LIUR BASI MUHYIDDIN DI SARAWAK!!


Dalam satu ucapannya di Sarawak kelmarin, Muhyiddin hilang malu ! namun bercakap tetap bercakap walaupun bermodalkan air liur basi!  Bercakap perkara lapok dan memualkan. Yang lagi haru,  dia tuduh Pas nak huru-harakan perpaduan di Sarawak. Bila pulak Pas menjadi punca pecah belah?!  Krisis Umno ’87 siapa punca pecah belah?.  Peristiwa 13 Mei ’69,  siapa punca pecah belah?. Pemecatan DS Anuar Ibrahim 1998 hingga tertubuhnya  parti PKR,  siapa punca pecah belah?? 

Muhyiddin sama macam Mahathir,  Melayu mudah lupa!. Muhyiddin lupa diri dan lupa sejarah!  Ucapan Muhyiddin menghentam PAS adalah bertujuan untuk menutup kelemahan dan kepincangan BN di Sarawak!  dan sesungguhnya mereka amat takut kemungkinan pengaruh  PAS berkembang di Sarawak. Mari baca artikel di bawah,… 

Oleh : rahimothman


Fuhh...Inilah Kenyataan "Busuk" Perut Pemimpin Umno.. http://karatijau.blogspot.com/2011/02/fuhhinilah-kenyataan-busuk-hati.html

 



PAS menyifatkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai buta sejarah apabila mengeluarkan kebimbangan bahawa parti Islam itu akan memecahbelahkan masyarakat Islam jika ia memasuki Sarawak.

Ketua Penerangan PAS pusat, Idris Ahmad berkata, Umno sering menuduh PAS menyebabkan perpecahan Melayu dan Islam sedangkan dari sudut sejarah, Umno sendiri ditubuhkan ketika sudah ada parti Melayu pertama, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada 1945.
“Memang (Muhyiddin) buta sejarah. Kalau tengok sejarah dahulu kenapa tubuhkan Umno ketika sudah ada Parti Kebangsaan Melayu Malaya? Bukankah ini juga boleh menimbulkan perpecahan?” kata beliau dipetik Harakahdaily hari ini.

Sehubungan itu ujarnya, kebimbangan Muhyiddin itu tidak berasas sama sekali sebaliknya PAS sudah banyak memberikan kefahaman kepada orang bukan Islam mengenai agama itu.  “Dalam Pakatan Rakyat, PAS sudah banyak menerangkan ajaran Islam kepada bukan Islam berbanding Umno yang gagal menjelaskan hukum halal haram kepada rakan komponen dalam BN,” kata beliau.

Dalam satu ucapan di Sarawak semalam, Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno berkata, beliau bimbang PAS akan memecahbelahkan masyarakat Islam jika ia memasuki negeri Sarawak.
 

Muhyiddin berkata rakyat Sarawak khasnya masyarakat Islam agar tidak mudah menerima dasar politik PAS yang berangan-angan untuk meluaskan kuasa.
“Saya takut kalau PAS masuk Sarawak ia akan memecah belah masyarakat Islam di sini. Di Kelantan 20 tahun PAS memerintah, kadar kemiskinan merupakan paling teruk,” katanya.

Oleh : Juragan



Tiada ulasan:

Catat Ulasan