Rabu, 2 Februari 2011

MAHATHIR TAK LAYAK BERCAKAP PASAL ISLAM !!


Zaman kerajaan Malaysia di bawah Rejim Tun Mahathir satu ketika dulu, telah menjadi kebiasaan,  beliau memandang rendah para alim ulamak, malah Nabi Muhammad sendiri pernah dipersenda dan diperlekehnya!. Ulamak Umno pula dikunci mulut mereka, melainkan jika bercakap hal-hal yang berpihak kepada kerajaan. Di era Najib pun sama !  Ulamak tetap menjadi bisu atau di bisukan!!


Yang jelas kita lihat, sama ada Mahathir maupun Najib, keduanya telah gagal mentarbiahkan isteri masing-masing,  apatah lagi memperjuangkan syiar Islam. Perkara menutup aurat yang paling asas dan begitu mudah pun tak mahu difahami dan diikuti, maka layakkah mereka bercakap fasal Islam?... Sayang sekali !! Mahathir nampak saja macam berminat berhujjah bab Islam tapi ilmu di dada amat cetek sekali!


Mahathir berani membidas dan mengutuk ulamak pun hanya di akhbar. Kalau dicabar berdebat dipentas yang formal barangkali kecut teloq. Tak payahlah berdebat dengan Nik Aziz atau Haji Hadi,  atau mana-mana tokoh besar PAS.  Dengan Ketua Pemuda PAS pun Mahathir boleh cair!!   Maka Ini nasihat penulis kepada mantan perdana menteri itu !  Tak usahlah tunjuk lagak berani dan lagak pandai dalam hal-ehwal Islam. Anda sebenarnya hanya layak bercakap tentang politik ! ,.. terutama politik kotor dan kukubesi!!

Oleh : rahimothman


http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Bila ulamak Mahathir bersuara

Dr Mahathir Mohamad mendakwa Islam dibawa oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat “lebih teruk dari Islam nasionalis” dan menjadi penyumbang kepada perpecahan orang Melayu Islam negara ini.

Justeru, kata Bekas perdana menteri, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS rela mempertahankan Lee Kuan Yew dengan menganggap cadangan bekas perdana menteri Singapura itu supaya orang Islam Singapura tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam adalah tidak seburuk dari Islam nasionalis Melayu.

“Cadangan Lee Kuan Yew ini dianggap oleh Nik Aziz sebagai lebih baik dari segala-gala yang dilakukan oleh nasionalis Melayu di Malaysia.  “Bayangkan sahaja Islam di bawah pemerintahan Nik Aziz dengan Karpal, Kit Siang, Guan Eng,” kata Dr Mahathir dalam tulisan entri terbaru dalam blog beliau hari ini. Khamis lalu, Nik Aziz dilapor menyifatkan orang Melayu di Malaysia yang menolak Islam dan mengambil pendekatan nasionalisme lebih teruk dari Lee.

Kata Nik Aziz, Lee hanya meminta umat Islam di republik itu tidak terlalu berpegang kuat kepada ajaran Islam berbanding segelintir orang Melayu di negara ini yang membuang sama sekali Islam dan mengambil pendekatan nasionalisme.  “Orang Melayu sini pun tolak Islam, tolak Islam ambil kebangsaan lebih teruk daripada Lee Kuan Yew.

“Beliau cakap jangan pegang (Islam) kuat sangat, orang ini kata buang semua ambil kebangsaan, lebih teruk daripada Lee Kuan Yew,” katanya mengulas pandangan Lee dalam buku terbaru tulisannya “Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going”.
Dr Mahathir yang juga bekas presiden Umno seterusnya mengecam bahawa jika pendapat rakan bukan Islamnya menuntut supaya amalan ajaran Islam dilonggarkan, Nik Aziz mungkin bersetuju kerana Islam nasionalis lebih teruk daripada Lee.  “Ternampak Nik Aziz lebih utamakan peluang untuk memburuk musuh politiknya di Malaysia daripada mempertahankan serangan terhadap Islam dan penganutnya oleh Lee.

“Nik Aziz anggap nasionalis Melayu lebih teruk ke-Islaman mereka,” kata Dr Mahathir. Dr Mahathir seterusnya berkata, Nik Aziz dan PAS hanya berperanan untuk memecahbelahkan orang Melayu Islam di negara ini.
Dilihat pandangan mempertahankan dasar kerajaan BN, Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun berkata, pada zaman British ramai pembesar Melayu minum arak dan ada pekerja Melayu yang minum todi.  “Masjid pun tidak banyak dan ramai yang tidak sembahyang. Hasil perjuangan nasionalis Melayu negara sekarang diperintah oleh orang Melayu Islam.

“Mereka mengharamkan arak dalam majlis rasmi Kerajaan, menerap nilai-nilai Islam dalam pemerintahan, membekalkan wang Kerajaan untuk kegiatan-kegiatan agama Islam, memudahkan orang Islam buat kerja haji, mendirikan masjid-masjid, menubuhkan universiti Islam, Bank Islam, Takaful, badan-badan dakwah, mengharamkan loteri nasional dan berbagai-bagai lagi yang disuruh oleh agama Islam,” kata perdana menteri keempat.

Oleh itu soal beliau, “teruk sangatkah orang nasionalis ini dalam mengamal ajaran Islam?” Sebaliknya kata bekas perdana menteri ini, apakah yang dilakukan oleh PAS dan Nik Aziz.  “Hasil yang terbesar ialah memecahbelahkan orang Islam di negara ini.  “Penubuhan PAS itu sendiri berjaya memecahbelahkan orang Melayu Islam setelah mereka bersatu dalam Umno untuk memperjuangkan nasib bangsa yang beragama Islam,” katanya lagi.

Dr Mahathir juga berkata, PAS turut memecahbelahkan orang Melayu Islam di Malaysia sekali lagi apabila PAS mengadakan sembahyang Jumaat dua imam, larangan terhadap perkahwinan orang PAS dengan Umno, larangan ahli PAS menghadiri kenduri orang Umno dan pengasingan kubur orang PAS dari orang Umno dan seolah-olah di akhirat juga PAS ingin pecah belah orang Melayu Islam terus berlaku.
“Apabila PAS bertanding dalam pilihan raya 1955 dan seterusnya hingga 1986 ia mendakwa bahawa Umno yang bekerjasama dengan orang bukan Islam, mereka menjadi kafir. “Ini juga memecahkan perpaduan orang Islam di Malaysia,” katanya.  Menurut Dr Mahathir, kemudian PAS bergabung tenaga dengan Semangat 46 dan DAP dalam pilihan raya 1990 dan 1995.

“Dengan ini Semangat 46, serpihan dari Umno mendapat nafas dan orang Melayu Islam terbahagi kepada tiga kumpulan,” katanya.  Beliau menambah apabila timbalan presiden Umno dikeluarkan dari parti, Nik Aziz dengan cepat memberi sokongan kuat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya parti serpihan yang ditubuh boleh menarik keluar sebahagian daripada ahli Umno dan penyokongnya supaya parti orang Melayu Islam yang terbesar ini menjadi lemah.

“Hasil daripada sokongan Nik Aziz orang Melayu sekali lagi berpecah tiga. Tidak cukup dengan ini Nik Aziz sanggup bekerja keras dengan DAP untuk menubuh Pakatan.
“Bahawa dahulu PAS mendakwa kerjasama oleh Umno dengan orang bukan Islam menjadikan mereka kafir dilupakan sahaja kerana ingin menjadi Pakatan musuh Umno yang kuat,” katanya sambil menambah, “dengan cara ini Nik Aziz menentukan kali ini perpecahan orang Melayu Islam kepada tiga pasukan yang lemah menjadi kekal.”

“Inilah sumbangan Nik Aziz kepada Islam di Malaysia ini. Bahawa satu dari ajaran Islam yang penting ialah orang Islam itu bersaudara tidak dihirau oleh Nik Aziz,” kata Dr Mahathir yang bersara pada Oktober 2003.

Sharpshooter - Teringat doa Al-Marhum Presiden PAS Ustaz Fadhil Noor agar panjangkan usia Dr Mahathir....


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan