Rabu, 16 Februari 2011

KERAJAAN BN MEMANG ADIL !!?

Memang “Dacing”melambangkan keadilan!. Lihatlah gambar di bawah,…tapi apa pula yang berlaku dibelakang dacing amat menggerunkan!!.

Inilah keadilan dari kacamata kerajaan BN !!  Masihkah rakyat tak faham ?  Lihat dan amati betul-betul !!   Lambang dacing selama ini sebenarnya telah mengabui mata kita!!. Di sebalik dacing rupa-rupanya ada banyak rahsia yang tersirat !!.....

Ketidakadilan, kezaliman, penyelewengan, salahguna kuasa, dan rasuah menjadi-jadi.Bab rasuah ini,  Isa Samad dalam kenyataannya  baru-baru ini ada menyebut,  bahawa rasuah bukan masalah besar, ia memang berlaku!, perkara biasa !,.. katanya.. Dengan pengakuan seperti kenyataannya  itu,  sah “keadilan”  tidak berlaku di Malaysia

Begitu juga apabila berlaku kezaliman !  maka hilanglah keadilan. Sekadar mengambil beberapa contoh,….Apa jadi dengan kes pembunuhan beramai-ramai di Memali oleh pihak Polis …. Apa nasib tahanan ISA?,.. Apa pembelaan dan nasib Kugan yang mati dalam tahanan Polis?,…Apa nasib remaja bernama  Aminulrasyid yang mati ditembak polis?... Apa nasib Teoh Beng Hock yang mati dalam keadaan mistri semasa beliau di dalam kawalan pihak penyiasat SPRM?,…

Kerajaan berbelanja secara membazir!, sedangkan rakyat biasa masih ramai yang miskin,  masih ramai yang menderita!.  Masyarakat awam, terutamanya orang  kampong lebih tertekan dengan kenaikan harga barang!  lebih- lebih lagi petrol!.   Orang kaya bertambah kaya melalui rasuah dan penyelewengan kuasa,.. seperti dalam kes  PKFZ.

Orang-orang politik dan kroni bermewah-mewah dengan projek besarnya dan lebih malang lagi wujudnya  projek-projek mega yang membazir….  Terlalu banyak jika hendak disenaraikan!

Oleh : rahimothman



Tiada ulasan:

Catat Ulasan