Ahad, 13 Februari 2011

HOSNI MUBARAK BERUNDUR!,.. NAJIB BILA LAGI?


Rakyat Mesir sudah tidak tahan lagi dengan corak pemerintahan Hosni Mubarak! Berbekalkan semangat, keberanian dan kesungguhan, mereka bangun memberontak, menuntut Mubarak meletak jawatan dan berundur. 

Akhirnya Presiden Mesir yang mencengkam kuasa pemerintahan selama 30 tahun itu akur! lalu berundur,  khabarnya beliau sudah melarikan diri keluar negara!   Najib bila lagi?. Apa bezanya suasana di Mesir dan di Malaysia?... Kita baca seterusnya di bawah ini..

Oleh : rahimothman

 

(http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2011/02/malaysia-dan-mesir-ada-persamaan.html#more)


Malaysia dan Mesir ada persamaan 



Corak demokrasi yang diamalkan di Mesir didakwa tidak jauh berbeza dengan amalan di Malaysia, dakwa Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi.

Beliau yang juga Exco Kanan Kerajaan Negeri berkata,terdapat pelbagai persamaan dalam corak pentadbiran kedua-dua negara itu meliputi aspek kebebasan media, penguatkuasaan undang-undang dan kebebasan rakyat menyuarakan hak masing-masing.


Menurutnya, tindakan kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengawal laporan media cetak dan elektronik danmelaporkan berita berat sebelah terhadap Pakatan Rakyat (PR) antara contoh pelaksanaan demokrasi berat sebelah yang turut diamalkan di Mesir.

“Pada masa sama, pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)terhadap mana-mana individu yang didakwa mengancam keselamatan negara oleh Kerajaan Pusat Barisan Nasional (BN) hampir serupa dengan kegerunan rakyat Mesir terhadap pasukan polis negara itu yang dikawal sepenuhnya oleh Presiden, Hosni Mubarak.

“Mana-mana rakyat negara itu yang didapati menentang dasar kerajaan ditahan polis sesuka hati tanpa berpeluang membela diri, malah kebanyakan penjawat awam dipaksa mencurahkan kesetiaan terhadap kerajaan pimpinan Mubarak sekiranya tidak mahu dikenakan tindakan tatatertib,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian semalam.

Phahrolrazi percaya tuntutan kebangkitan untuk memperoleh demokrasi sebenar akan dilaksanakan rakyat negara ini tidak lama lagi susulan sudah bosan dengan sistem demokrasi berat sebelah amalan Kerajaan BN yang menguntungkan kroni tertentu sahaja.

1 ulasan:

  1. N.AJIS TEWAS BILA Sekalung tahniah diucapkan kepada kickdefella dan ejennya yang bernama Johnson kerana berjaya berjaya membuatkan KERAjaan Islam Kelantan menjadi bingung sehari dua ini.`

    Ketika sukarelawan-sukarelawan Malaysia sibuk menyelamatkan rakyat Malaysia di Mesir yang dinamakan Ops Piramid, kickdefella dan jonhson sibuk dengan 'Ops Johson@Ops Celako' di Kota Bharu bagi membongkarkan kegiatan-kegiatan penyundalan dan judi haram di Bumi Serambi Mekah pimpinan wali selipar. Sini dan sini

    Menurut kickdefella pusat penyundalan yang wujud di Kelantan terletak hanya kira-kira 500 meter dari pejabat Nik Aziz. Mustahil seorang tok guru yang digambarkan hebat dan penuh dengan 'mukjizat' serta boleh menentukan syurga neraka seseorang hatinya langsung tidak tergerak atau nalurinya tidak terasa wujudnya kegiatan yang mungkar berhampiran dengan pejabatnya.

    Kalau begitu gayanya, maknanya Nik Aziz tidaklah sehebat yang digambarkan oleh penyokong-penyokong Pas kononnya sesiapa yang menghina dia akan terima balasan. Sesiapa yang cucuk gambar matanya akan jadi buta, sesiapa yang kencing atas gambarnya akan bengkak anu dan sebagainya. Kamu semua telah ditipu. Wa kah kah kah kah. Kalau Nik Aziz hebat dia mesti tahu kegiatan mungkar yang berlaku hanya 500 meter dari pejabatnya.

    Dua puluh satu jadi MB hari ini baru Nik Aziz tahu yang selama ini dia berjiran dengan pelacur-pelacur. Itu pun nasib baik ada Quraisy Malaysia yang sedarkan dia melalui Ops Johson@Ops Celako yang dilakukannya.

    Mana-mana penyokong Pas yang pernah mencuri selipar Nik Aziz yang kononnya boleh membawa berkat, sila pulangkan balik. Tiada apa-apa berkat yang kamu boleh dapat, sebaliknya dapat dosa pula. Adakah Pas sebagai sebuah parti islam mengajar kamu semua mencuri dan percayakan benda-benda tahyul ?

    Buku dibawah ini diedarkan secara percuma semasa pilihanraya umum 2008 oleh KERAjaan Pas Kelantan sebagai manifesto mereka.

    Jom kita lihat temberang buku ini....

    Kelantan Menerajui Perubahan

    Lihat perkara keenam dalam tajuk Program Kemajuan Islam
    'MENGHAPUSKAN AKTIVITI PELACURAN' ms 71

    Ini muka surat 71

    Wa kah kah kah kah kah kah....

    Satu Kelantan telah ditipu kononnya aktiviti pelacuran dihapuskan oleh Pas sepanjang 18 tahun memerintah (18 tahun diambil kira semasa pru 2008).

    Pas penipu !

    Pas Munafik !
    Posted by ruang bicara faisal at 8:03 PM

    BalasPadam