Sudah lah Awang Selamat!, berhentilah jadi pengampu,.. berhentilah menjadi lidah biawak kepada UmnoBn. Segala putarbelit dan sandiwara kamu, orang dah muak dan loya. Bertaubatlah!! Jangan tunggu nafas sudah terputus atau atau batang tubuh sudah dimasuk kedalam lubang kubur baru nak insaf!! Berhentilah dari kerja membuat fitnah, menyuburkan api perkauman dan melaga-lagakan parti pembangkang. Berilah ruang dan peluang untuk politik dan demokrasi hidup bebas subur dan terkawal!!
Terbaru, kamu puji dan sanjung Haji Hadi begitu hebat sekali, dan kamu kutuk Anuar Ibrahim habis-habisan. Kamu kata Haji Hadi lebih layak menjadi Ketua pembangkang! Bukan Anuar!. Soalnya kenapa sekarang? Kenapa sekarang baru nak puji? Sah ! pujian kamu kepada Haji Hadi hanya manis dibibir, lain tujuan tak ada. Matlamat kamu, kedua-dua pemimpin itu mesti dilagakan Sikap sesekali puji tetapi selalu kutuk itu sudah menjadi kerja tetap kamu selaku pencacai Umno. Itu merupakan sebahagian dari putarbelit dan sandiwara kamu!!
Teman nak tanya kamu Awang Selamat!. Tidak kah kamu malu bahawa selama ini kamu banyak memperlihatkan kebodohan kamu sendiri? Tidakkah kamu berasa malu cakap bodoh kamu itu telah diketawakan oleh orang ramai atau pembaca? Agaknya, memang kamu jenis manusia yang tak tahu malu!
Nampaknya kamu tak jemu-jemu menulis, walaupun orang dah meluat !. Niat disebalik tulisan-tulisan kamu orang dah tahu, memang tidak pernah ikhlas! Melainkan semuanya berniat jahat. Mengapalah agaknya tuhan jadikan hati kamu hitam gelap macam arang?
Wahai Awang Hitam atau Awang Selamat berhati hitam! Pembaca zaman ini ramai yang dah cerdik, tak macam dulu-dulu lagi, zaman sebelum kebangkitan laungan refomasi 1998. Seluruh rakyat Malaysia kini sudah menjadi tersangat cerdik terutama selepas kelahiran alam siber dan internet. Jadi tak usahlah kamu nak memperbodohkan rakyat yang sudah bijak berfikir!! Tak usahlah kamu teruskan kerja mengampu! dan mengagong-agongkan parti Umno yang sudah teramat lemah itu. Sesungguhnya Umno sudah busuk sampai keusus ! (meminjam kata Dr Mahathir) dan kini hampir menjadi pekong !!
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan